Friday, December 12, 2014

Trip Ke Tibet (chengdu-tibet-khatmandu)


16hb October 2014 - Day 1 (Chengdu)








Tibet di kenali juga dgn panggilan "Roof Of The World" terletak di banjaran Himalaya dgn ketinggian dr paras laut 4000m.
Alhamdullilah,setelah beberapa kali gagal utk mendapatkan permit ke Tibet akhirnya dpt juga setelah mengunakan khidmat agen travel di Chengdu.walaupun agak mahal kos travel disana tapi apakan daya ,Tibet adalah salah satu tempat tumpuan pelancong dunia yg harus dilawati oleh setiap Backpackers @ kaki travel.Tibet boleh dilawati melalui udara dan darat menguna kan Flight,kereta dan yg popular skrg Train....Bukan senang bg pelangcong asing ke Tibet jika tidak mempunyai agen yg menguruskan permit.ianya hanya boleh dikeluarkan utk pelancong berkumpulan,Boleh dibuat sebelum kita tiba dichina kerana ia akan mengambil masa 3-5hari utk disiapkan..aku dan wife yg biasanya akan menguruskan setiap kali pergi berbackpack tidak semudah menguruskan persiapan ke beberapa tpt lain yg mempunyai permit utk dilawati.. jika dibandingkan ke Tibet.
 Ada beberapa Permit yg harus kita perolehi jika melawat ke Tibet,semua pelancong asing harus mendptkan Permit Tibet Travel (TTP),Alien Travel Permit Dan Military Permit yg diuruskan oleh agen di sana.Persiapan awal yg harus kita buat ialah mendapatkan Visa China sebulan sebelum pergi kerana utk memudahkan agen kita menguruskan Permit,hotel dan train tiket.biasanya agen kita dichina akan memberitahu kita supaya tidak memberitahu lawatan ke Tibet semasa membuat visa,kerana biasanya pihak kedutaan china tidak akan meluluskan visa kita.kerana pada dasarnya kerajaan china tidak menyukai pelancong asing mengunjungi Tibet.
 


 Tibet Travel Permit
Seperti yg di janjikan dan dipersetujui akhirnya kami berkumpul di KLIA2 Pd tanggal 16hb october.
Jam 6.30pm flight kami  berlepas ke chengdu walaupun delay di sebabkan Cuaca  yg tidak berapa mengizinkan. Flight kami tiba tepat pada masanya . Kami tiba malam hari di Chengdu Shuangliu International Airport, setelah menempuh penerbangan 4,5 jam dari Kuala Lumpur.seterusnya setelah selesai urusan imegresen dan bagasi kami terus keluar kerana kenderaan dari hostel yang sudah kami booking, sudah menunggu kami. Kami pun  terus ke hostel yg kami booking tempohari  di Lazybones Hostel .mlm tu juga kami membuat tempahan trip ke Pusat pemuliharaan Panda yg Popular Di Chengdu, Hanya RMB120 /person utk teman2 kami yg baru pertama kali sampai di Chengdu,itu adalah antara tpt yg wajib jika sampai di Chengdu,tidak lengkap rasanya klau kita sampai disini  kita x melawat Pusat pemuliharaan Panda.esok jadual padat kerana kami hanya mempunya masa yg terhad di Chengdu kerana pd belah ptg kami akan bergegas ke Train station pula.



Day 2 Chengdu-Lhasa
Pagi2 lg tepat jam 7.30 teman2 yg mengikuti lawatan ke Pusat perlindungan panda  sudah bertolak mengikuti rombongan yg diatur oleh pihak Hostel.aku dan wife tidak dpt mengikuti mereka kerana punya urusan di office Sichuan china international Travel services agen kami di china.setelah segala  urusan pembayaran, permit dan tiket. kami berjumpa semua teman2 di Hostel utk menikmati makan tghari di restoran halal dan seterusnya berjalan2 ke People Park dan masjid yg berdekatan.Jam 6pm kami seterunya berangkat ke Train station.kerana train ke Lhasa dijangka akan bertolak tepat jam 8.55pm.berdebar2 rasanya menunggu waktu2 perjalanan seterunya .tak sabar nak melihat keindahan pemandangan pergunungan bersalji,Grassland ladang2 ternakan dan gurun2 di sepanjang laluan ke Lhasa dr dlm train yg biasa dilihat di internet  sahaja...Tepat jam 8.55pm train kami pun bertolak menuju ke Lhasa setelah segala urusan kedudukan tempat tidur kami selesai kami berehat utk menikmati makan malam konon nya...tetapi tepat jam 10pm semua Lampu dipadamkan gelap gelita apapun tak Nampak.Malam pertama di dlm train mcm2 ragam dr teman2 ada yg tido lena,ada yg tido2 ayam.




Perjalanan keretapi dari Chengdu ke Lhasa antara paling singkat berbanding dari Shanghai, Guangzhou, Chongqing, Lanzhou dan Xining. Ia berlepas setiap hari pada 20:59 PM dari stesen kereta api Chengdu , dan tiba di Lhasa pada 17:02 PM pada hari yang ketiga ; jadi , perjalanan dari Chengdu ke Lhasa dengan kereta api ini memakan masa 44 jam berada didalam kereta api meliputi jarak 3360kms dengan kelajuan purata 76.3 km sejam
    Berbanding  melalui udara, perjalanan kereta api adalah lebih selamat dari segi penyesuaian tubuh individu terhadap kesan altitude sickness . kebanyakan masa perjalanan berada pada aras 3500 meter . Ketinggian aras purata Chengdu 500 meter dan Lhasa 3650 , manakala tempat yang paling tinggi dilalui keretapi adalah Tangula Pas berada pada 5072 meter .
kereta api dari Chengdu ke Lhasa mempunyai dua sistem bekalan oksigen ; satu adalah sistem bekalan oksigen individu yang bekerja bila-bila masa apabila anda memerlukannya dan ia hanya di bawah tempat duduk anda atau di atas tidur , yang lain adalah oksigen sistem berpusat yang mula dibekalkan selepas kereta api tiba di perhentian bandar Golmud 2815 meter di atas paras laut, sebaik keretapi melepasi perhentian bandar Golmud , oksigen berpusat yang mula dibekalkan . Dan bekalan individu hanya digunakan apabila kes yang teruk berlaku .














































































Day 3
Hari ke3 pemandangan diluar kelihatan kg2 dan ladang2 pertanian dan sesekali kelihatan bandar2 kecil dan besar yg pesat membangun dan pada sebelah ptg pula kelihatan perbezaan pemandangan gurun2 dan grassland ladang2 ternakan Yark dan kambing berlatar  belakangkan pergunungan bersalji yg sangat mengujakan kami semua...kerana perjalanan kami seterusnya  akan melalui ketinggian 3000m-5000m dr paras laut.








 

 


















Day 4
Pemandangan luas terbentang keputihan dataran dan gunung2 bersalji kelihatan di kiri kanan tingkap, Tak sabar rasanya kami menjejak kaki ke Tibet. NegaraTibet ialah sebuah kawasan tinggi di Asia Tengah dan  Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan  bergelar "Bumbung Dunia". ROOF OF THE WORLD.
Hari ini tanggal 19hb October  Jam 3.30pm kami sampai di stesen keretapi tertinggi di muka bumi.stesen keretapi Lhasa.sebaik sahaja keluar dr stesen keretapi kami dibawa ke POS Kawalan utk di periksa permit dan pasport kami seterus berjalan menuju ke parking kereta ,yg sudah ada seseorang menunggu ketibaan kami,seterusnya membawa kami ke Hotel,Kami menginap di hotel sederhana, New Mandala Hotel yang terletak  berdekatan di kawasan Muslim, sebelah tenggara Jokhang Monastery .Area terbaik untuk menginap memang di sekitar Jokhang Monastery, kawasan kota tua. Hari pertama menjejaki kaki dinegara "bumbung dunia" terasa dinggin dan udara terasa kering,dgn ketinggian 3550M udara nipis dpt dirasakan apabila kita berjalan kerana terasa amat cepat penat dan nafas kita semacam semput.sesampai dihotel kami diingatkan supaya berehat dan tidak mandi utk menyesuaikan diri dgn keadaan udara disini.dan persiapan seterus kami diminta membeli ubat AMS di farmasi di sini dgn harga 35rmb utk 12 kupsul.persediaan utk perjalanan seterusnya ke EBC base camp yg akan mencapai ketingian 5200M.mlm tu kami tido awal kerana  badan terasa letih dan cuaca pula terasa dingin.

Lhasa Train Station








Di Hadapan Lhasa Station












Ubat AMS


Lhasa dikeliligi pergunungan



Day 5-Melawat Drepung Monastery dan Sera Monastery



Jadual perjalanan hari ini melawat Drepung Monastery, ia adalah Tibetan Buddhism Monastery  Gunung Gephel, satu dari Monestery university Gelukpa "Tiga Agung" di Tibet.Kedua lainnya adalah Ganden dan Sera. Drepung merupakan yang terbesar dari seluruh monestery2 di Tibet, dan sebagai puncaknya adalah sebagai monestery terbesar dari seluruh kepercayaan di dunia. Monestery ini didirikan pada tahun 1416 .
terbesar di Tibet dan juga di dunia.memang besar lah kawasan dia,letih jgk klau pergi keseluruhan tpt ne.ia terletak dikaki gunung.





Sera Monastery
Pintu Sera Monaster

Pada sebelah petangnya kami melawat pula Sera Monastery, kuil kedua terbesar di Tibet. Dibangun kan tahun 1419 oleh murid Tsongkhapa yakni Sakya Yeshe. Sera termasuk 3 kuil penting bagi Sekte Gelugpa selain Drepung dan Ganden Monastery. Terletak 5 km di utara pusat kota Lhasa. . Yang istimewa dari kuil ini adalah adanya debat oleh para Pelajar Monks yang dijalankan di halaman kuil sekitar pukul 3 hingga 5ptg, kecuali Sabtu dan Minggu.  Kita memang tak  memahami isi debatnya. Tapi cukuplah hanya dengan menonton “ateraksi” yang mungkin hanya satu-satunya di dunia ini.Unik melihat mereka menepukkan tangan di depan lawan debatnya,menghentakkan kaki atau bahkan melempang dengan pelan lawan debat mereka.





The original Sera Monastery is responsible for some 19 hermitages, including four nunneries, which are all located in the foot hills north of Lhasa.The Sera Monastery, as a complex of structures with the Great Assembly Hall and three colleges, was founded in 1419.


Day 6- Patola Palace Dan Jokhang Temple






Patola Palace

Belum sempurna klau sampai diTibet tidak melawat ke  Potala Palace . Landmark Tibet ini memang terasa teruja melihat keanggunannya rekabentuknya. jika dilihat dr jauh lg dgn ketingginya 115,7M ia terletak di atas bukit, Kami masuk dari pintu timur, yang dikhas bagi Pelawat asing. . , Pelawat asing tak boleh masuk Potala tanpa guied.Dan Tiket harus dibeli sehari sebelumnya, karena ada limited pelawat  yang  boleh masuk dalam sehari.Potala terdiri dari beberapa tingkat dan ribuan ruang,banyak stupa, patung, mural, relik, lukisan, thangka  dan artefak bersejarah lainnya.  setelah memasuki White Palace kami  tidak dibenarkan mengambil gambar lg. Ada kamera CCTV di beberapa sudut dan ada monk yg menjaga untuk memastikan peraturan tak dilanggar.

                                        
                                               White Palace

























Di sebelah petangnya pula kami melawat Jokhang Temple.dan berjalan2 di Barkhor street.      Jokhang Tample adalah kuil Agama Buddha pertama di Tibet, berada di Dataran Barkhor di kota Lhasa
Kuil ini juga disebut dengan panggilan Tsulag Khang atau 'Rumah Kebijaksanaan' tetapi sekarang ini lebih dikenal dengan sebutan Jokhang yang bererti 'Rumah Buddha'.Bagi sebagian besar rakyat Tibet, tempat ini merupakan tempat yg sgt suci dan merupakan sebuah kuil penting  di Tibet. Ia merupakan kuil paling dihormati dan paling banyak dikunjungi di Tibet. Bersama-sama dengan Istana Potala, tempat ini memiliki daya tarik tersendiri di kota Lhasa. Kuil ini juga merupakan sebagian dari kota Warisan Dunia UNESCO "Ansambel Sejarah Istana Potala" dan pusat spiritual kota Lhasa. 
kami menyusuri Barkhor street, iaitu Bazar yang mengelilingi Jokhang Monastery. Bazar utamanya hanya sepanjang 1 km tapi ada banyak gerai di kiri-kanannya. Bazar ini terletak tepat di tengah Distrik Tibet di Lhasa. Banyak sekali pengunjung local disini. Bazar ini dikenali sebagai tempat wajib dikunjungi jika ke Lhasa. Kerana di sinilah kita boleh menyaksikan budaya unik masyarakat Tibet. Selain itu, tempat ini juga dipenuhi gerai2 suvenior. boleh Beli cenderahati @ buah tangan di sini.disini juga terletaknya muslim road dan punya  satu2 nya masjid di Tibet.


Barkhor street

Jokhang Temple





komunity muslim yg berniaga di Bazar Barkhor street


Masjid Tibet



Map Great mosque


Kawasan muslim di tibet terletak berdekatan Jokhang temple.terdapat hotel2 bajet,dan restoran halal byk terdapat disini.berdekatan dgn masjid.







#gerai2 makanan dibuka pd sebelah ptg hingga larut malam bersebelahan masjid.

Day 7-Lhasa to Gyantse to shigatse (360km 8hrs)






Pagi ini kami check out setelah menginap 2 malam. 2 malam memang waktu yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dgn udara yg nipis di Tibet, sebelum menuju ke tempat yang lebih tinggi lagi. Menuju Yamdrok Lake di bagian selatan, antara Lhasa dan Gyantse, kami singgah dulu di Sungai Brahmaputra.Lepas dari Sungai Brahmaputra, jalan mula mendaki dan berliku-liku tajam. Pemandangan memang super cantik! Gunung dan lembah bersusulan memang menajubkan
 
Akhirnya perjalanan 110 km yang ditempuh 2.5 jam berakhir dengan pemandangan spektakuler di depan mata. Berada di ketinggian 4.450 m, Yamdrok Tso dapat kita pandang dari ketinggian 4.794 m di Kambala Pass. Yamdrok adalah salah satu Tasek tersuci dan terindah di Tibet. Gunung Nojin Kangtsang (7191 m) terlihat di belakang tasek yg  luas .Puas kami mengambil gambar dan melihat dgn mata sendiri terpegun dgn keindahan Yamdrok, perjalanan seterusnya ke Kota Nangartse. . Di tengah perjalanan kami singgah di Kharola Glacier, yang puncaknya mencapai 5.560 m

                                             
                                   


Yamdrok  dari ketinggian 4.794 m di Kambala Pass.


Kharola Glacier


Dalam perjalanan menuju Kota Gyantse yang berjarak 110 km dari tasek Yamdrok, sejauh mata memandang hanya ada gunung, lembah, jalanraya  yg cantik dan sunyi terasa tak berpengujung. Di salah satu hujung jalan, kelihatan air berwarna kebiruan, awan biru dan putih membuat mata yang sudah mahu mengantuk menjadi bersinar kembali.



Di Gyantse kami mengunjungi Pelkhor Chode Monastery (4.050 m) yang dibangun tahun 1418. Kuil ini terdiri dari gabungan 15 kuil dari 3 sekte Buddhisme Tibet (dari keseluruhan 4 sekte). Gyantse, kota terbesar ketiga di Tibet, terletak 260 km di barat daya Lhasa, di ketinggian 4.000 m.
 Gyantse-Shigatse jaraknya 100 km. Jadi total perjalanan hari ini 320 km. Cukup memenatkan tapi tak terasa kerana banyak pengalaman dan kenangan yang kami pt dan lihat disepanjang jalanan. Ptg baru kami sampai di Shigatse, kota kedua terbesar di Tibet. Berjarak 265 km di barat daya Lhasa, di Distrik Tsang. Populasinya sekitar 85.000 org. Ketinggiannya 3.900m. bersempadankan dengan Nepal di selatan.. 


Day 8 -Shigatse to Rongpuk
 
Tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Menuju Rongpu Monastery, kuil tertinggi di dunia (5.150 m), yang berjarak 8 km dari Everest Base Camp. Perjalanan berliku-liku melalui lembah dan pegunungan tertinggi di dunia benar-benar tak kami lupakan.
 
 
Akhirnya, di hari ke-8, setelah singgah sebentar di Rongpu Monastery, rombongan kami tiba dengan selamat , walaupun aku terkena AMS di bantu tabung oksigen tapi alhamdullilah semuanya selamat sampai di tujuan utama: Everest Base Camp.





                            
                                              
Pintu masuk EBC


cuaca yg berkabus di EBC disini lah puncak Everest akan kelihatan dgn jelas jika cuaca cerah.



 Qomolangma, nama Tibet dari Everest, . tersembunyi di balik awan kerana pd belah petang sedikit bekabus,Dukacita kami tdk dpt melihat Mt.Everest dgn jelas. Qomolangma berarti Goddess Mother of the Universe atau orang Nepal menyebutnya Sagarmatha. Kalau mahu melihat Puncak Everest dgn lbh jelas, datanglah di  bln September-nov dan pd musim sejuk. Kerena banyak hari-hari bermandikan cahaya matahari. Sampai sini saja sudah cukup bg aku syukur alhamdullillah, bermimpi ajalah nak sampai diPuncak Everest,gunung tertinggi di Pegunungan Himalaya dan di dunia (8.848 m).

                         

Gunung Everest 
Day 9 EBC To Zhangmu

  EBC pun harus ditinggalkan pagi itu,alhamdullilah  di pg hari cuaca  akhirnya  cerah sepanjang 
kelihantan puncak gunung Everast tersenyum megah,melihat gelagat kami yg kegembiraan .seterusnya kami akan ke Zhangmu Bandar yg bersempadan dgn Nepal. Melalui Frendship highway kita akan Nampak perubahan pemandangan dr gurun dan gunung yg bersalji ke arah pemandangan hutan tebal yg menghijau plk dgn jalan yg berliku menuruni bukit bukau, byk kenderaan lori2 yg melalui friendship Highway ne menuju ke nepal.Bandar Zhamgmu terletak di Lereng2 bukit seperti di Cameron Highland.









 Frendship Highway



 

    
                          
                           

s




bandar lereng bukit Zhangmu



Day 10

Zhangmu to Kathmandu

  Pg2 sudah bangun berkemas kerana hari ini hari terakhir diTibet,selepas sarapan pg ala kadar, kami bergerak menuju ke sempadan melalui lereng2 yg  curam yg berjalanan mengambil masa 20-30mnt utk sampai di pejabat imegresen China. berjalan kaki lbh krg 100m kerana tersekat dgn deretan kenderaan yg menuju ke Nepal.

                                    


 Bangunan Pejabat Imegresen China
                           
                                        
Bangunan Pejabat Imegresen Nepal


Pejabat imigresen sempadan Tibet-Nepal dibuka setiap hari dari 09:30 sehingga sekitar jam 6.30 petang.Sebaik selesai urusan Pejabat imigresen china, kita hanya perlu berjalan kaki menyeberangi jambatan ke nepal untuk urusan migresen sempadan Nepal. Dan disini jelas berapa jauh jurang negara miskin dan kaya. sekiranya disebelah China bangunan imigresennya cantik lengkap dengan berbagai mesin pengimbas. dan bangunan imigresen Nepal cuma sekadar rumah kedai.Dengan lampu yang suram dan segala urusan daftar masuk secara manual. Nama dan no.visa hanya dicatat kedalam buku buku lejar sahaja..
Dari luar kastam Nepal anda akan bertemu ulat2 kereta sewa sedia menunggu menawarkan perkidmatan 4x4  untuk membawa kami 4 jam atau lebih ke Kathmandu,.anda perlu pandai tawar menawar tapi biasanya harga utk sebuat kereta 4x4 dlm USD120 yg boleh memuatkan 6-8 org.klau seorg dlm USD20.Bas pun ada klau sanggup bercambur dgn org tempatan dan perjalanan ambil masa yg panjang.sebaiknya gunakan 4x4 utk keselesaan dan jimat masa kita.Bukan saja dr segi rekabantuk bangunan jurang  negara kaya dan miskin kita akan melihat jalan2raya yg daif yg kita akan lalui.Seterusnya perjalanan kami menelusuri jalan2 lereng gunung yang tak sangup utk melihat gaung,Hanya mampu berdoa agar perjalanan kami selamat..

Jambatan Persahabatan yg menghubungkan China -Nepal


                                       


                           





Alhamdullilah kami sampai di Kathmandu jam 4ptg seterusnya dibawa ke Hostel utk berehat dan makan,dan berbincang utk activity seterusnya dikathmandu selama 3 hari.kebanyakan nya di isi dgn berehat dan bershopping selain berwater rafting.



Sekian utk catatan perjalanan kali ini byk pengalaman dan kenangan yg tak bisa diungkap dgn kata2 di sepanjang trip kami...terima kasih buat teman2 yg byk membantu di sepanjang trip ini....jumpa lg next project.....

 
China International Travel Service Sichuan 
Gao Sheng Qiao, Chengdu, China
Tel: +86-28-8555-2138
Fax: +86-28-8554-4588
Email: sales06@tibettravel.org    (Darek Wong)
Url: www.tibettravel.org ; www.chinatibettrain.com