Tuesday, March 6, 2018

tempat-tempat yg menarik di pulau pinang


Sebut saja tentang Pulau Pinang, pasti sudah terbayang-bayang makanan yang menjadi igauan ramai pelancong. Namun begitu, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Mutiara ini. Ibu negerinya Georgetown juga turut dinobatkan sebagai salah satu antara 16 destinasi pelancongan yang wajib diterokai kerana kekayaan sejarah, keindahan senibina serta budaya yang bergerak seiring bersama.
Sekarang, dah ada lagi banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh anda lawati bersama keluarga. Jom kita tengok senarai terbaru ini.
1.BUKIT BENDERA
 Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini.
Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.
Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:



PINTU MASUK KE BUKIT BENDERA


PINTU MASUK MUZIUM BURUNG HANTU


VIEWING  DECK
HABITAT

CANOPY WALK
Muzium Burung Hantu
Dataran Love Locks
The Habitat
Earthquake Typhoon Pavilion
Little Village
Viewing Deck
Alamat: Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Pulau Pinang, Malaysia
Masa Operasi: Setiap Hari: 06:30am – 11:00pm (Masuk Sebelum 10:30pm)
Laman Web: penanghill.gov.my
2.THE TOP, KOMTAR





TECH DOME

Buat yang masih tak tahu, The Top, Komtar kini telah pun dibuka sejak Disember 2016. Mungkin pernah sepi dengan pengunjung suatu ketika dulu, tetapi pembukaan The Tops menampakkan inisiatif yang baik untuk mengembalikan era kegemilangannya.
Ada macam-macam tempat menarik di The Top ini yang boleh anda lawati bersama keluarga. Antaranya:
Tech Dome Penang – Tech Dome adalah sebuah pusat sains interaktif ala Petrosains. Ada pelbagai jenis mainan dan aktiviti berkonsepkan sains di dalam dome ini yang bukan saja khusus untuk anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Ternyata, ia adalah tempat hiburan yang penuh pengisian bermanfaat. Harga tiket: RM20 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak.
Jurassic Research Center – Pasti anda tahu filem Jurassic Park, bukan? Di Jurassic Research Centre, terdapat pelbagai jenis dinasour di dalamnya beserta informasi yang pasti mengujakan peminat-peminatnya. Harga tiket: RM40 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak.
Rainbow Skywalk – Skywalk tertinggi di Malaysia ini memberi peluang untuk anda menyaksikan pemandangan indah skyline di GeorgeTown. Hanya untuk yang berhati waja!
Lain-lain – Selain 3 tempat yang disebutkan di atas, ada juga pelbagai tarikan lain seperti Magic Mirror Maze, Ocean Explorer, The Top Boutique Aquarium, Tongkat Ali King, Dragon Regatta, Spacetime Squadron, 7D Discovery Theater dan banyak lagi. Tak rugi datang siniPakej All Park ditawarkan dengan harga yang lebih berbaloi untuk kanak-kanak dan dewasa jika anda ingin meluangkan sepanjang hari di sini. Tiket promosi juga boleh dibeli secara online melalui laman web mereka, thetop.com.my.

3.MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM





Muzium yang menjadi tarikan terbaru ini menceritakan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya merupakan pelabuhan terkenal di Asia Tenggara. Pelbagai replika pelabuhan dan kapal dagang dapat menjadi tatapan pengunjung untuk mempelajari sejarah negeri ini.
Selain itu, pengunjung juga dapat mempelajari kekayaan budaya di Pulau Pinang secara santai dan interaktif dengan menerokai 5 bahagian muzium ini iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks  dan Coffee time.
Alamat: Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.
Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)

4.Penang Street Art   






Seni jalanan di lorong-lorong jalan Georgetown bagaikan khazanah yang tersembunyi di serata kawasan. Hasil karya mereka menggambarkan kelincahan kanak-kanak serta gaya hidup rakyat Pulau Pinang yang menjadi tradisi hingga kini. Selain lukisan, Georgetown juga menawarkan seni batang besi “steel rod art’ yang menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang. Dapatkan senarai lokasi street art selengkapnya dalam brochure INI dan pergilah selfie puas-puas

5.Muzium Perang Pulau Pinang



Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempar terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua. Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10Waktu 
Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang

6..Pasar Chowrasta – 






Tak sah kalau tak singgah ke Pasar Chowrasta jika melancong ke Pulau Pinang. Tempat ini adalah tempat utama untuk membeli-belah ole-ole dari Pulau Pinang terutamanya Jeruk Madu Pak Ali dan buah tangan lain seperti minyak angin, pes makanan, keropok dan cenderahati lain seperti t-shirt, poskad dan sebagainya. Selain itu, Pasar Chowrasta juga wajib dikunjungi oleh ulat buku. Di tingkat atas, terdapat kedai buku terpakai yang menjual pelbagai buku dari buku fiksyen sehingga ke buku ilmiah. Bukunya juga masih dalam keadaan baik dan dijual dengan harga berpatutan.
Syurga Makanan – Terdapat pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang yang terkenal dengan makanan yang perlu dicuba dan hanya terdapat di sini seperti Mee Sotong Hameed, Briyani Kapitan, dan Cendol Teochew.