Friday, August 19, 2022

GUA SIREH-BALING KEDAH



Daerah Baling, di pedalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah.
Cara mudah untuk sampai ke Baling dari Kuala Lumpur adalah melalui Lebuhraya Utara Selatan dah keluar melalui Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar kita boleh meneruskan perjalanan ke Gerik dan terus ke Pengkalan Hulu( Kroh), Perak. Baling terletak 16km dari Pengkalan Hulu, Perak. Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau, Gunung Baling dan Gua2 yg baru diteroka dan boleh dilawati seperti gua sireh dan Gua Telinga. Selain itu, baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, dimana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. 



Keindahan Gua Sireh di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, Baling merupakan tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara. Lokasinya yang terletak 20 meter daripada pekan Baling telah dibuka kepada pengunjung pada Februari 2019. Laluan gua ini adalah sepanjang 400 meter iaitu dari pintu masuk sampai ke hujung telah dijadikan lokasi perlancongan terbaru di daerah Baling. Penerokaan gua ini dilakukan atas inisiatif persatuan penduduk dan penduduk menggerakkan inisiatif memajukan gua berikutan keunikan dan keindahannya. Panorama didalam gua ini sungguh menakjubkan.

Gua Sireh dianggap sebagai gua paling luas di negara ini dengan keluasan mencecah 192 meter lebar dan ketinggian antara 60 hingga 80 meter.sebelum di buka kepada orang ramai sebagai pusat pelancungan ia  menjadi tempat mencari rezeki penduduk melalui najis kelawar yang dijadikan baja.


treck ke pintu masuk gua

Batu penunggu ne kena ambik gambar kat sini sebelum masuk gua


treck yg disediakan ikut sahaja jambatan tu


ne yg dinamakan gua sirih sebab terdapat batu berbentuk sirih junjung 

Memasuki pintu gua sahaja, pasti anda sudah terpukau dengan batu besar dengan ketinggian tujuh meter berbentuk sirih junjung yang seolah-olah menyambut ketibaan sesiapa sahaja yang memasukinya.Selain sirih junjung, terdapat juga batu yang menyerupai belalai gajah dan beberapa bahagian dinding gua menyerupai muka singa serta orang sedang bertapa


memang luas gua sireh ni..dilengkapi dgn lampu2 dan treck memudahkan lg pengunjung meneroka keseluruhan dlm gua.









Gua sireh ini telah di uruskan oleh pihak koperasi penduduk Kg yg menyediakan kawasan parking kereta,tandas dan Guide yg akan membawa pengunjung meneroka sambil memberi penerangan sejarah gua sireh.pengunjung akan di bawa meneroka selama 2-3jam.Gua sireh antara tarikan terbaru di Baling selain gunung Baling.gua ini jgk antara gua yg tercantik pernah saya teroka...


Thursday, January 6, 2022

trip ke Aceh

TRIP KE ACEH-MENJEJAK KEAJAIBAN TSUNAMI


Selepas terjadinya peritiwa Tsunami pada 26 Disember 2004 segalanya berubah tentang Aceh. Tragedi yang mengejutkan satu dunia itu juga meragut lebih kurang 300 ribu penduduk Aceh. Peristiwa ini telah membuka mata dunia tentang konflik dan kewujudan Aceh.

Kini Aceh kembali bercahaya dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Kebangkitan rakyat Aceh untuk mengembalikan semula Aceh selepas di landa badai membuatkan kita kagum dengan semangat mereka.
Banda Aceh agak cepat membangun. Memang macam tak percaya pada tahun 2004 kota ini dan kawasan sekitarnya musnah.sekarang sudah tidak nampak lg kesan-kesan kemusnahannya

iternery trip ke Bandar Aceh

HARI 1: KETIBAAN – AIRPORT - SABANG ( MT, MM )

Setibanya anda di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, terus menuju ke pelabuhan ulee lheu untuk ke Sabang naik fast ferry. Setibanya di Sabang.
-- Melawat Bukit Balohan
-- Melawat benteng Jepun
-- Pantai Sumur Tiga
-- Makan tengahari di restoran tempatan
-- Daftar masuk hotel
-- Makan malam di restoran tempatan
-- Shopping di kawasan bandar Sabang
-- Selepas itu balik ke hotel


HARI 2: PULAU RUBIAH – 0 KILO METER - PRIA LAOT WATERFALL – SABANG CITY TOUR  ( MP, MT, MM )

-- Sarapan di hotel
-- Singgah di desa Sukaramai untuk melihat pulau Kla
-- Melawat tugu 0 Kilo Meter
-- Naik glass boat ke pulau Rubiah melihat pemandangan taman bawah laut, berenang dan          snorkling
-- Makan tengah hari di pulau rubiah
-- Melawat pantai Ujung karang 
-- Melawat Gua Sarang
-- Menuju bandar Sabang
-- Makan malam di restoran tempatan
-- Memulakan membeli belah khas bandar Sabang
-- Kembali ke hotel dan Berehat

HARI 3: SABANG + BANDAR ACEH TOUR ( MP, MT, MM)

-- Sarapan di hotel
-  Daftar keluar hotel
-- Naik ferry ke Bandar Aceh
-- Melawat Masjid Baitulrahman dan mengambil gambar kenang-kenangan
-- Melawat kuburan massal dari dalam kreta
-- Melawat kapal PLTD Apung
-- Melawat kapal sangkut di atas bumbung
-- Makan Tengahari di restoran tempatan
-- Memulakan membeli belah di Pasar Aceh
-- Makan malam di restoran tempatan
-- Balik hotel & berehat

HARI 4: BANDAR ACEH FULLDAY TOUR – LAMPUUK BEACH ( MP )

-- Sarapan di hotel
-- Melawat Muzium Aceh
-- Melawat Gunongan dan Putro Phang
-- Melawat Muzium Tsunami
-- Makan tengah hari di restoran tempatan
-- Melawat Rumah cut nyak dhien & membeli kuih khas Aceh
-- Melawat pantai lampuuk dan makan malam menu ikan bakar
-- Memulakan membeli belah 
-- Kembali ke hotel  dan berehat

HARI 5 : HOTEL – KEBERANGKATAN / AIRPORT (SARAPAN)
-- Sarapan pagi di hotel
-- Daftar keluar hotel
-- Bila masih ada masa shopping lagi
-- Selepas itu bertolak ke airport untuk berlepas pulang dengan kenangan istimewa dari Aceh...









Flight dari KL jam 7:40 pagi dan perjalanan ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk terus ke Banda Aceh.  Bandar Udara Sultan Iskandar Muda ni, benar-benar memberikan impresi yang unik . Mana taknya, aku belum pernah lagi melihat sebuah lapangan terbang yang reka bentuk  senibinanya  seperti sebuah masjid - lengkap sekali dengan kubahnya.
Ya  bertepatan dengan Aceh yang  bercirikan negara islam dan majoriti penduduknya beragama Islam

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda International Airport. Lbh kurang jam 9.30m kami di tunggu agen yg akan menguruskan perjalanan kami di aceh.seterusnya kami dibawa ke jetty utk ke pulau weh atau sabang.







untuk pergi explore Pulau Sabang atau dikenali sebagai Pulau Weh oleh warga tempatan. Antara pulau yang tercantik dan best untuk aktiviti snorkeling dan diving. Pulau Weh ni boleh ronda-ronda naik motosikal. Perjalanan dari Banda Aceh ke Sabang atau Pulau Weh kena naik feri
Bila sampai di Sabang atau Pulau Weh, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Zero Kilometer Indonesia. Orang tempatan panggil Nul Kilometer. Tempat ini merupakan salah satu tarikan pelancong kerana di sinilah titik mula Indonesia. Untuk pengetahuan korang semua, di sinilah titik paling Barat Indonesia bermula.

 Hari Pertama.
Dari Pelabuhan Ulele ke Pelabuhan Balohan mengambil masa kira kira 1 jam pejalanan.  kami stay di hotel Freedie Sumur 3 antara hotel yg popular dan tercantik di tepi pantai walaupun jauh dr bandar.kebanyakan yg stay kat sini semua pelancong2 dr barat..sampai saja di sabang kami dibawa ke beberapa tempat visata..
-- Melawat Bukit Balohan
-- Melawat benteng Jepun
-- Pantai Sumur Tiga
-- Makan tengahari di restoran tempatan
-- Daftar masuk di hotel Freddie.
-- Makan malam di restoran tempatan
-- Shopping di kawasan bandar Sabang
-- Selepas itu balik ke hotel















Hari ke2

-- Sarapan di hotel
-- Singgah di desa Sukaramai untuk melihat pulau Kla
-- Melawat tugu 0 Kilo Meter
-- Naik glass boat ke pulau Rubiah melihat pemandangan taman bawah laut, berenang dan          snorkling
-- Makan tengah hari di pulau rubiah
-- Melawat pantai Ujung karang 
-- Melawat Gua Sarang
-- Menuju bandar Sabang
-- Makan malam di restoran tempatan
-- Memulakan membeli belah khas bandar Sabang
-- Kembali ke hotel dan Berehat












HARI 3: SABANG + BANDAR ACEH TOUR ( MP, MT, MM)
-- Sarapan di hotel
-  Daftar keluar hotel
-- Naik ferry ke Bandar Aceh
-- Melawat Masjid Baitulrahman dan mengambil gambar kenang-kenangan
-- Melawat kuburan massal dari dalam kreta
-- Melawat kapal PLTD Apung
-- Melawat kapal sangkut di atas bumbung
-- Makan Tengahari di restoran tempatan
-- Memulakan membeli belah di Pasar Aceh
-- Makan malam di restoran tempatan
-- Balik hotel & berehat







Masjid Baitulrahim semasa tragedi Tsunami

sebuah masjid yang menjadi saksi kedahsyatan tragedi tsunami di Aceh. Masjid Baiturrahim namanya. Masjid ini menjadi satu dari sedikit bangunan yang masih kukuh berdiri di kawasan Ulee Lheue ketika musibah itu terjadi. Meskipun ada beberapa masjid lain yang juga bertahan dari bencana tersebut, Masjid Baiturrahim menyimpan nilai sejarah yang lebih mendalam karena usianya yang panjang.



Di kawasan bot yang terapung di atas rumah akibat tsunami pada 2004 lalu. Kawasan ini bertempat di kampung Lampulo, Kuta Alam. Kedudukan kapal teguh terletak di bumbung tingkat dua rumah sedikit sebanyak memberi gambar betapa besarnya ombak laut ketika itu.


Kapal PLTD Apung





Ini adalah taman elektrik terapung seberat 780 tan, berlabuh berhampiran Ulee Lheue untuk membantu mengatasi kekurangan bekalan elektrik.Tsunami telah memindahkan kapal tersebut 4 kilometer ke atas daratan ke desa Punge Blang Cut. Ia kini disimpan dalam kedudukan barunya sebagai monumen besar Tsunami.


membeli belah di Pasar Aceh






Masjid Raya Baiturrahman

Jika ada sebuah tempat yang harus Anda kunjungi sewaktu melawat ke Banda Aceh, itu adalah Masjid Raya Baiturrahman. tempat bersejarah yang telah ada sejak era kejayaan Kesultanan Aceh dan bertahan hingga kini. Masjid ini telah melalui berbagai cerita,bermula dari tragedi pembakaran oleh kolonial Belanda tahun 1873 hingga dilanda tsunami di akhir 2004.Masjid Raya Baiturrahman pertama kali dibangunkan di era Kesultanan Aceh. Bahagian atap masjid ini dibuat sesuai dengan ciri khas masjid-masjid di Indonesia pada masa itu, atap limas bersusun empat.


HARI 4: BANDAR ACEH FULLDAY TOUR – LAMPUUK BEACH ( MP )

-- Sarapan di hotel
-- Melawat Muzium Aceh
-- Melawat Gunongan dan Putro Phang
-- Melawat Muzium Tsunami
-- Makan tengah hari di restoran tempatan
-- Melawat Rumah cut nyak dhien & membeli kuih khas Aceh
-- Melawat pantai lampuuk dan makan malam menu ikan bakar
-- Memulakan membeli belah 
-- Kembali ke hotel  dan berehat




Muzium Tsunami
Siapa sangka, tragedi tsunami 2004 memberi hikmah cukup besar untuk Aceh. Hari ni, ada banyak tarikan berkenaan tsunami yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Salah satunya ialah Muzium Tsunami Aceh ini. Di sini, kami berpeluang mendapat pandangan lebih jelas lagi realistik akan sejarah ngeri yang mengorbankan lebih 170,000 penduduk wilayah ini.
Dari pandangan atas, muzium tsunami ni menyerupai gelombang ombak. Lebih menarik, dari pandangan bawah pula, ia kelihatan macam kapal penyelamat. Desain unik ini diilhamkan seorang arkitek bernama Ridwan Kamil.


MASJID RAHMATULLAH LAMPUUK

masjid ini hanya berjarak 500 meter dari bibir pantai. Tempat ibadah ini menjadi satu-satunya bangunan yang tersisa. Meskipun beberapa sisi bangunan masjid rusak, sebagian besar tetap utuh dan selamat. Masjid ini pun menjadi saksi bisu dahsyatnya tsunami Aceh.









Masjid Rahmatullah.

mendengar cerita dr mangsa yg selamat dia melihat sendiri gelombang besar air laut yang datang bergulung-gulung menuju masjid, Syahrizal dan jemaah lain lari tunggang langgang menyelamatkan diri.Akan tetapi terlambat, laju air laut lebih cepat dari langkah orang-orang kampung itu.Air bah menyapu apa saja yang ada di depannya; rumah-rumah, sekolah, balai desa, pohon-pohon, dan tentu saja orang-orang yang tak berdaya.

"Mereka habis, hanyut, dan rata dengan tanah. Kecuali Masjid Rahmatullah yang tetap berdiri kukuh. Bahkan, kubahnya utuh. Hanya lambang bulan bintangnya yang sedikit miring," ucap Syahrizal 

Syahrizal mengaku sedih, karena ketika itu banyak warga terlambat menyelamatkan diri. "Waktu itu seharusnya kami lari ke bukit atau naik ke atap masjid. Pasti banyak yang selamat," sesal Syahrizal

Syahrizal memang termasuk satu di antara segelintir warga Lampuuk yang selamat. Dia mengaku saat itu tak sadar lari cepat sekali ke arah timur, menjauhi kejaran air laut.

Setelah 15 tahun berlalu, kini masjid tersebut sudah cantik kembali. Bahkan, catnya terus diperbarui agar tetap terlihat bersih. Sebab, sejak masjid itu dibuka kembali setelah dibaik pulih, banyak pelancong domestik maupun luar negara yang datang.

"Masjid ini sekarang menjadi objek wisata. Pengunjung datang untuk solat dan melihat langsung keadaan masjid," ucap dia.

Pantai Lampuk



Pantai Lampuuk merupakan salah satu primadona wisata Aceh Besar sebelum terjadi tsunami tahun 2004. Pantai ini selalu ramai dengan pengunjung, baik dari Banda Aceh, Melaboh, atau daerah-daerah lainnya. Dengan pasir putih dan pepohonan Rhu yang rendang, tempat ini menjadi tempat yang ideal untuk melepas kepenatan. Ketika terjadinya tsunami, pantai yang berjarak kurang lebih 15 kilometer dari bandar Aceh ini termasuk yang mengalami kerosakan cukup parah. Hotel-hotel yang berada di tepi pantai dan pemukiman penduduk di sekitarnya hancur dihempas gelombang besar.




kubah masjid gurah

Salah satu bukti kedahsyatan itu adalah berpindahnya kubah masjid berbobot 80 ton di Desa Gurah, Peukan Bada, Aceh Besar. Kubah yang kini dikenal dengan nama Masjid Al-Tsunami ini dulunya merupakan kubah masjid Jamik di Desa Lamteungoh, Peukan Bada, Aceh Besar.

Saat gelombang tsunami menerjang Aceh 2004 lalu, seluruh bangunan masjid rosak dan hanya meninggalkan kubah masjid berdiameter 4×4 meter. Kubah itu terbawa arus gelombang sejauh 2,5 kilometer dan terdampar di Desa Gurah


sekian untuk kali ini kenangan dan pengalaman bersama cerita silam Aceh banyak mengajar dan menginsafkan kita...Jauh perjalanan luas pengalaman ,semakin kita jauh melangkah,semakin luas mata memandang,semakin kita yakin bukti-bukti kebesaranya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika anda rasa ia bagus, sila kongsikan link blog ini dengan rakan rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat.