Tuesday, April 5, 2016

Laman Seni7 @LS7 di seksyen 7 Shah Alam

    Lorong belakang premis perniagaan di Seksyen 7 di sini yang dahulunya suram kini berubah wajah menjadi lebih ceria hasil inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
 Hahaha, bunyi sangat meragukan tapi 'Lorong Belakang' yang dimaksudkan ialah Laman Seni yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.. Lorong Belakang ni bukan seperti Lorong Belakang mati di chow kit atau yg biasa kita lihat,tapi Lorong Belakang ni terdapat banyak lukisan dinding yang cantik dan menarik,  Mungkin idea mengindahkan Lorong Belakang ni tercetus dari hasil seni di Pulau Pinang yang  menjadi perhatian pelancong.. 
Lorong belakang dikawasan komersial di Jalan Plumbum Q7/Q yang diberikan nama baharu iaitu Laman Seni 7 @LS7 ..ia di wujudkan untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.

 




Jalan Plumbum, Seksyen 7 diibaratkan "one stop centre" atau surga beli belah dan jalan2 cari makan yg popular di shah alam.disebabkan segala butik-butik online yang femes di Facebook/Instagram. Antaranya Bella Ammara, Zawara, Fareeda, Rina Salleh , Saidatul Nisa ,Jovian Mandagie dan banyak lagi. Pendek kata memang banyak sangat pilihan dari harga yang mampu kita miliki hingga ke tahap tak mampu milik. Selain tu gedung seperti Gulatis dan Jakel pun ada kat sini.Jangan datang pada hari Isnin kerana kebanyakan kedai dan butik2 disini ditutup.  Disebab kedai mereka telah beroperasi pada hujung minggu iaitu Sabtu & Ahad.


   Apa yang menarik dekat Jalan Plumbum, Seksyen 7 ni selaian Beli belah ialah Street Art atau dikenali Laman Seni 7 @ LS7,... Bagi peminat fotografi  atau yang suka bergambar sesuai sangat melawat ke sini. Di sebalik lorong belakang bangunan butik-butik ni semua ada port untuk bergambar yang menarik. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam,‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan (‘green concept’).