Saturday, April 18, 2015

Tempat- tempat shoping yg murah dan popular di Bandung

Tempat-Tempat Shoping Murah dan Yg Popular di Bandung

Kota Bandung

Suasana kota yang sejuk dan nyaman, disertai dengan berbagai tempat pelancongan kulineri dan shoping yang berada disepanjang jalan-jalan strategik, menjadi daya tarikan tersendiri dari kota yang dikenali dengan Paris Van Java. Dengan jarak yang tidak terlalu jauh hanya 2 jam perjalanan dari Jakarta, Bandung terkenal dgn byk tempat beli belah yg murah dan berkualiti dan selalu up to date tidak hairan jika Bandung menjadi destinasi favorite bg yg suka bershoping.
kota ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama seperti Malaysia dan singapura.Bandung adalah kota surga beli belah yg menjadikan kota ini selalu ramai dan tidak pernah sunyi dr kunjungan pelancong.  Berikut adalah beberapa tempat2 shoping  murah yang harus anda kunjungi ketika berkunjung di kota Bandung :



1. Pasar Baru Trade Center

Pusat perniagaan  ini sangat lengkap dan murah dan menjual pelbagai barangan seperti dari busana muslim, busana casual,, jeans, kasut,bag(tas), tekstil, kosmetik, aksesories, batik, perlengkapan bayi, perlengkapan haji,  dan banyak produk lainnya. Ada juga oleh-oleh(cenderahati) atau buah tangan makanan khas Jawa barat.seperti bijirin kekacang yg popular disini kacang bandung,product dr pisang salai kek, kueh dan kerepek2. Lokasi www.pasarbarutradecenter.co.id ini terletak di jalan Otista no.70.



2.Jalan Cihampelas. 
Cihampelas Walk atau Ciwalk
Jalan Cihampelas
 Cihampelas.
Terdapat banyak Factory Outlet dan restoran makanan disepanjang jalan Cihampelas .FO nya Kebanyakkan nya menjual barang yang sama iaitu belbagai baju, jeans,kasut bag dan byk lg dr yg ori dan copy.kita kena pandai menilai dan menawar harga. Cihampelas sudah tersohor di kalangan pelancong untuk membeli belah seluar jeans, serta product2 yang unik dari bahan kulit. Dikenal juga sebagai tempat membeli belah  cenderamata (oleh-oleh) jajanan khas dari Bandung  di sepanjang jalan Cihampelas.
kita boleh pergi ke Ciwalk utk membeli belah atau makan dan bersantai di sini kerana mempunyai banyak restoran terkenal.    
Di sepanjang Jalan Cihampelas juga terdapat Hotel yg memang sesuai utk pelancong kerana senang dan byk ficilitynya.salah satu tempat yg happening utk tinggal di sini...


Jalan Cihampelas yg sibuk   terdpt  byk  deretan  FO




Antara jenama restoran yg ada di Ciwalk












3.Jalan Riau dan jalan Dago.




Tempat ini adalah pusat Shoping Factory Outlet dan Bistro. FO menjual baju-baju berjenama seperti Hugo Boss, Burberry, Versace, Timberland, Nike, Manchester United (MU), Armani, DKNY, Old Navy, Billabong, Quicksilver, Zara, MNG, Esprit, Gap, TopShop, DKNY, Gucci, Armani, Miss Selfridge, Nike, Old Navy, Victoria Secret , Guess. Kalau anda berjalan bermula dari jalan Riau, dikiri kanan jalannya terdpt byk FO dari For Men, Terminal Tas, De Secret, Heritage, Oasis, hingga tiba di persimpangan Jalan Dago. Untuk yg suka bershoping boleh lah berjalan seterusnya ke kanan ke jalan Dago. Di sepanjang jalan berderat FO seperti Donatello, Jetset, Up Town, Grande, Blossom, DSE, dll. Di persimpangan Jalan Sulanjana-Sultan Agung, kita  boleh  berehat dan bersantai di Bistro2 disini. dan terdpt byk kedai2 Tshirt  disini seperti Ada 347, De Loops, Flashy dan juga Blackjack.



4.Pusat Grosir (Borong) Gedebage.

Mula beroperasi semenjak awal Januari tahun ini, Pusat Grosir Gedebage mula diperkatakan sebagai alternatif pilihan beli belah di kawasan Bandung Barat. Meskipun bangunan ini baru, distrik Gedebage telah dikenal sebelumnya sebagai tempat belanja pakaian murah meriah dengan pasar Cimolnya. Bangunan moden ini dibangun di atas bekas wilayah komplek pasar tradisional di depan pasar cimol yang mengalami kebakaran di akhir tahun 2012.





5. Pasar Cibaduyut.



 Pasar Cibaduyut.
Jalan Soekarno-Hatta dari arah Cibiru, melewati Terminal Leuwi Panjang, anda akan tiba di persimpangan dengan patung kasut(sepatu) besar di tengah-tengahnya, belok kiri ke jalan Cibaduyut. Sudah puluhan tahun jalan ini terkenal sebagai kawasan pengeluaran kasut asli buatan dalam negeri, Yg pasti asli Bandung. Baik kasut lelaki  atau wanita, kasut dewasa dan anak-anak, semuanya ada di sini. Terlebih lagi, kasut2 yang dijual di Cibaduyut berkualiti baik dan harganya pun berpatutan.














6. Plaza Parahyangan.

















Plaza Parahyangan
Letaknya dekat dengan alun-alun Bandung tepatnya di jalan Dalem Kaum, disini ada kurang lebih 450 kedai Tshirt yang dibuka didlm satu gedung  5 tingkat (lantai), sehingga boleh disebut sebagai pusatnya Tshirt di Bandung. Meski pun tempatnya di dalam plaza, iaitu www.plazaparahyangan.com tetapi barang-barang jualannya di sini boleh di tawar.






7.sentral Leuwi Panjang

Terletak di jalan Raya Leuwi Panjang Berdekatan Terminal Bas.Tempat Menjual Barangan oleh2 makanan gorengan,bijirin dan pisang salai dgn harga yg jauh lbh murah di bandingkan dr tempat2 lain.















Bershoping di tempat org2 tempatan membeli belah.


Apabila Anda sudah berada di Masjid Agung Bandung maka Anda boleh meneruskan perjalanan menuju ke
lokasi beli belah yang cukup popular di Bandung, iaitu Dalem Kaum atau Jl. Dalem Kaum Bandung. Lokasi Jl. Dalem Kaum berada di sebelah kiri Masjid Agung Bandung, Anda boleh sampai ke tempat ini dengan berjalan kaki, atau menggunakan pintu keluar sebelah kiri dari Masjid Agung.

Masjid Agung Bandung, Alun-alun Bandung atau Dalem Kaum adalah berada dalam lokasi yang sangat berdekatan, Sejak dari dulu sebelum banyak berdirinya Mall, tempat tersebut telah lebih dulu menjadi daya tarikkan pelancong ke Kota Bandung. Masjid Agung Bandung tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadah bagi kaum Muslim, kerana selain itu sering juga digunakan oleh  orang ramai sebagai tempat transit atau beristirehat setelah letih bekerja atau membeli belah disekitar Dalem Kaum.

Dari lokasi ini dalam lingkungan lebih kurang 500m sangat banyak tempat beli belah yang patut Anda kunjungi, seperti contohnya adalah Gang Pasar Kota Kembang, Gang Tamim, Jalan Cikapundung, Jalan Kepatihan, Jalan Dewi Sartika, Jalan Asia Afrika, Jalan Otista, Jalan Cibadak, Jalan ABC, Banceuy dan Jalan Braga.