Disinilah biasanya tempat mengadakan majlis2 keramaian seperti hari merdeka,acara larian,tahun baru dan sebagainya.terletak diantara Istana Kehakiman dan Perbadanan Putrajaya.
5)Marina Putrajaya
Marina Putrajaya (yang dahulu dikenali sebagai Pusat Maritim) di Presint 5, Putrajaya menjadi tumpuan pelancong apabila bertandang ke pusat pentadbiran kerajaan.Bersebelahan Hotel Pullman.Sesuai dengan taglinenya, Its More Than Just A Marina (Ia lebih daripada Sebuah Marina) keadaannya yang tenang dan berhawa dingin pasti membuatkan sesiapa sahaja yang bertandang ke situ merasa damai apatah lagi ia terletak bersebelahan tasik yang begitu mempesona. . Marina Putrajaya ditubuhkan pada tahun 2008.kepada penggemar sukan air, mereka boleh berkayak, kanu, meluncur, menaiki perahu naga, kapal layar, ski dan sebagainya di tasik yang berada bersebelahan bangunan tersebut.Marina Putrajaya juga menawarkan pakej bulanan bagi mereka yang berminat untuk ke gimnasium, sauna, snuker dan pool serta squash hanya RM150.
6)Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, (masjid Besi)
Digelar juga dgn pangilan Masjid Besi, terletak di Presint 3, Putrajaya, Masjid ini yang mula dibina pada tahun 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
7)Tugu Milenium Purtajaya
Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium(Millennium Monument) terletak di Presint 2. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
8) Skyride Festival Park
Ini merupakan tarikan terbaru di Putrajaya yang letaknya hanya bersebelahan Alaf Baru Monumen yang dibuka secara rasminya pada 1 Mei 2015 Taman tema yang memfokuskan aktiviti sekeluarga ini merangkumi SkyWarrior Rainforest Challenge, SkyKids, SkyGallery, SkyDemo dan yang paling menarik 'terbang' 120 meter ke udara dengan SkyBalloon yang merupakan Malaysia's 1st Biggest Tethered Balloon Ride.
--SkyWarriors Rainforest Challenge ; permainan untuk menguji kekuatan dan ketahanan diri.
- SkyKids : taman permainan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda.
- SkyGallery : terdiri daripada koleksi yang hebat untuk memperingati memori anda.
- SkyDemo : dimana anda boleh belajar bagaimana untuk membuat kraftangan sendiri.
- SkyTaste : makanan ringan yang lazat untuk semua peringkat usia
Masuk ke Skyrides Festivals Park adalah PERCUMA . Hanya ride dan makanan sahaja berbayar.
9)Jambatan2 di Putrajaya
1)Jambatan Putra merupakan sebahagian laluan rasmi utama yang menghubungkan Dataran Putra dengan Boulevard, jambatan ini menghubungkan Presint 1 (Presint Kerajaan) dan Presint 2 (Pembangunan Campuran) di Pulau Utama
2)Jambatan Seri Wawasan terletak di sebelah Barat Putrajaya, penghubung di antara Presint 2 dan Presint 8, serta memudahkan perjalanan merentasi Tasik Putrajaya. Jambatan ini mempunyai struktur menarik dan mempunyai nilai estetika tinggi serta kelihatan kontemporari, di mana reka bentuk kabel-penyangganya diilhamkan daripada keindahan sebuah kapal layar yang meregang ditiup angin.
3)Jambatan Seri Saujana ini terletak di Barat-daya bandar ini menghubungkan Presint 7 dan Presint 4, sepanjang 300m dan lebar 34m. Tempoh masa pembinaannya pada 1998 sehingga 2002. Jambatan ini merupakan jambatan pertama yang berjaya menggabungkan dua teknik kejuruteraan berbeza iaitu gerbang dan kebel-penyangga, di mana ianya merupakan revolusi dalam pembinaan jambatan serta merupakan detik kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.
4)Jambatan Seri Gemilang ini merupakan salah-satu penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kita, Dato Seri Dr Mahathir bin Mohamad, di mana beliau benar-benar tertarik dengan sebuah jambatan klasik iaitu Pont Alexandre III di Paris, Perancis. Sebagai menghormati Perdana Menteri, pereka bentuknya telah menyahut cabaran untuk membina Jambatan Seri Gemilang setanding sebagai ‘kembar’ menakjubkan kepada Jambatan Pont Alexandre III. Jambatan ini menerapkan ciri-ciri seni bina dan kemasannya yang halus bagi mempersonakan para pengunjung terutamanya kepada perwakilan yang menghadiri berbagai persidangan di Pusat Konvensyen Putrajaya. Tempoh pembinaan jambatan ialah pada tahun 1999 sehingga 2003, dengan panjang 240m dan lebar 35.1m.
5)Jambatan Seri Bestari merupakan jambatan di sebelah Timur Laut Putrajaya yang menghubungkan Pulau Utama dengan Taman Warisan Pertanian di Presint 16 dan menjadi laluan terus dari kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri ke Pulau Utama. Panjang jambatan ialah 152.6m dan selebar 27m. Keunikan jambatan ini terletak pada gerbang di bawah jambatan yang menampilkan reka corak estetika dan menyerlah.
10) District 21
District 21 adalah tarikan terbaru seisi keluarga . Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya.
playground ala Fear Factor yang bukan saja utk anak-anak, tetapi juga remaja dan juga ibu bapa yang sukakan aktiviti lasak. Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider.
Ada juga kawasan khusus yang disediakan untuk anak2 kecil. Jadi, sementara menunggu abang dan kakak bermain di bahagian yang lebih mencabar, anda boleh bawa anak yang lebih kecil bermain di mini playground atau caraousel yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Taman Taman Reakrasi di Putrajaya
1)Taman Botani Putrajaya
Merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini. Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia. Taman Botani Putraja ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.
2) Taman Rekreasi Air Wetland
Beriadah di Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya. Kepada sesiapa yang ingin merancang bercuti ataupun melawat Putrajaya, Taman Rekriasi Air Wetland merupakan satu destinasi wajib untuk dilawati. Keindahan alam flora dan fauna serta Habitat pelbagai burung2 semula jadi . Di taman rekreasi ini juga terdapat menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain , banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berjogging, berkayak,memancing ,Berbasikal,paddel boat dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, di putrajaya ini, hanya Wetland sahaja tempat yang dibenarkan untuk memancing. Dengan bayaran sebanyak RM20 untuk satu joran, pemancing boleh memancing sepuas hati. Memancing tanpa permit atau kebenaran boleh dikenakan kompoun dan joran dirampas oleh pihak perbandaran. Bot memancing juga turut disediakan dengan caj RM20 untuk 4 jam. Jadi sebelum memancing pastikan anda berada ditempat yang betul dan memiliki permit memancing untuk mengelakkan anda dikenakan sebarang kompoun.
3)Taman Saujana Hijau
Terletak di Presint 11. Taman ini merupakan sebuah kawasan yang sesuai bagi mereka yang gemarkan tumbuhan jenis gimnosperma tropika dan subtropika. Kawasan taman yang berbukit memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat panorama keseluruhan Putrajaya dengan lebih jelas . Suasana Eropah.Taman tersebut juga terbahagi kpd 3 bahagian iaitu saujana utara,saujana tengah dan saujana selatan dalam kawasan seluas 47 hektar.3 konsep dlm taman saujana tengah iaitu Bustan Inggeris,Bustan Oriental dan Bustan Eropah merupakan antara tarikan unik ditaman tersebut.Suasana di Bustan seolah2 seperti diluar negara.
4)Taman Warisan Pertanian
Terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial.Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat.Taman ini juga menawarkan banyak produk pertanian untuk jualan, sementara aktiviti dan program berasaskan pertanian diatur untuk pelawat bagi sepanjang tahun.
5)Taman Alam Rimba
Terletak di Presint 15 &16.Tapak asal yg dahulunya penuh dengan pokok kelapa sawit dan pokok getah, sekarang telah ditanam dengan pokok-pokok hutan dari berbagai spesis. sebahagian besar daripada koleksi pokok hutan tropika yang di tanam di sini adalah dari Hutan Dipterokap Tanah Pamah, yang menghasilkan pokok-pokok kayu balak berkualiti tinggi seperti cengal, meranti, resak, keruing dan nyatoh.
Menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengunjung khususnya pencinta alam dan penggemar aktiviti lasak di hutan untuk pelbagai aktiviti rekreasi, termasuk kawasan perkhemahan, perkelahan dan memerhati burung serta cabaran jungle trekking, mendaki bukit dan merentasi laluan kanopi hutan.
6)TAMAN CABARAN(Challenge Park)
Terletak di Precinct 20 Berdekatan PICC,Ada 2 kompleks Putrajaya Challenge Park, untuk Wall Climbing dan yang kat bawah untuk skating park (Skate Board & Roller Blade) dan juga BMX track. Kalau nak masuk trail MTB kat Taman Cabaran boleh masuk ikut skating park. Boleh bawak basikal sendiri atau kalau nak sewa pun boleh, RM20 untuk 3 jam
Antara aktiviti yang disediakan :
1)Skatepark
2)Mountain bike trails
3)Wall climbing Gym
7)Taman Sri Empangan
Taman sri Empangan ini lokasinya terletak di Presint 5 berdepan dengan PICC dan seberang jalan dari bangunan Kementerian Keluarga dan Wanita. Ada jambatan yang cantik dan ada Empangan ditepinya.Taman ini adalah bukan sekadar taman permainan. Macam-macam boleh dibuat di sini. sesuai utk riadah keluarga dan berjoging,berbasikal,ada playground utk kanak2 dan mcm2 lg.
|
Ekuestrian Park |
8)Taman Ekuestrian Park.
Taman Ekuestrian Park ni terletak di Presint 4 dibuka untuk kunjungan orang awam. Boleh joy ride naik kuda, kalau weekend bayar RM5 untuk 3minit. Weekdays plak bayar RM10.
9)Taman Putra Perdana
Terletak di precint 1 berdekatan hotel Shangri-La.dibuka kepada umum tanpa bayaran masuk,terdapat mercu tanda Plaza, Fountains,taman bunga dan permainan dan joging track.
10)Taman Wawasan
Taman Wawasan terletak di sebelah utara Pulau Utama di Presint 2, Putrajaya berhampiran Kementerian Luar Negeri. . Berkonsepkan taman metropolitan, taman ini dipinggiri oleh Tasik Putrajaya dan terusan. Antara kemudahan yang disediakan di tempat ini adalah taman burung, taman permainan bertemakan pengembaraan (taman, air dan hutan), persiaran taman, lampu isyarat cahaya, wakaf atau teduhan, trek jogging dan pemandangan tanjung
Tempat2 Makan yg Popular diPutrajaya.
1)Putrajaya sentral Foodcourt
Gateway Putrajaya sama aas express, Nadi Putrajaya atau Express Rail Link (ERL) Putrajaya Sentral salah satu port makanan Putrajaya yg popular. Terletak Di aras 1 ada banyak kiosk menjual makanan grab eat.
2)Selera Putra
Selera Putra yang terletak di Sisiran Putrajaya, Dataran Putra, Precint 1 adalah satu-satunya destinasi menjamu selera kosmopolitan di Putrajaya. Medan selera tersebut, yang terletak bersebelahan dengan Masjib Putra, menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa untuk menggamit selera anda. Medan selera ini mampu menempatkan seramai 800 pengunjung pada satu masa.
3). Cafe Putrajaya International Convention Centre (PICC)PICC
Lunch buffet. Hanya RM25 (dewasa) RM 12.50 (kanak-kanak), tetamu boleh menikmati variasi menu makanan tengahari tempatan seperti nasi beriani, ayam golek, patin masak tempoyak, ikan keli masak merah bermacam lagi menjadikan tengahari sangat meriah.
4)Penanggah Taman Warisan
Singgah makan di Penanggah Taman Warisan Prencint 16 . menu makanan Paling tip-top kat sini mestilah nasi ayam berempah, bakso, roti john, coconut shake, pulut mangga, cendol dan sate kajang. Tak lupa pelbagai menu makan petang yang boleh nikmati jika singgah di sini.
5)Waterfront Ayer@8
@8,JalanAyer P8G, Presint 8 Putrajaya.Terdapat banyak pilihan makanan di restoran2 disini.
6)Umai Cafe
Kedai makan ni terletak dekat Monumen Presint 2. Berdekatan jugak dengan Masjid Besi. Harga berpatutan.. lokasi menarik sebab mengadap tasik dan masjid.. waktu malam kalau datang memang rasa romantik la sebab makan menghadap tasik kan.. kedai ni sentiasa ramai orang.. kalau malam tu lagilah sentiasa penuh.. datang lepas 8.30 malam memang susah nak dapat meja.. sebab kebanyakan yang datang lepas waktu Maghrib.
7)Ikan Bakar Sri Empangan Putrajaya.
Lokasi nya di presint 5,bersebelahan dgn PICC, Tempatnya memang menarik dgn view tasik yg cantik ada pelbagai menu makanan disini mcm ikan bakar yg pelbagai jenis,masakkan goreng2,nasi campur,tauhu bakar,burger dan mcm2 lg..harganya pun agak standard tak murah dan tak mahal sgt.waktu perniagaan 10pg-10mlm.tutup hari isnin.
8)Rasa Food court Alamanda.
Terletak di aras LG LG77,Lower Ground Floor,Alamanda Shopping Centre,Jalan Alamanda,Precint 1.Putrajaya.terdapat bermacam2 Jenis Makanana dijual di Kios2 dan restoran disini dgn harga yg berpatutan.
9)Medan Selera Komplaks kejiranan Precint.
Precint 8,9 dan 16 Putrajaya foodcourt.Tak perlu susah2 nak drive keluar dari kawasan rumah untuk menikmati hidangan makan malam atau tengahari. Singgah saja food court berhampiran ,enjoy bermacam jenis makanan mengikut selera kita. Food court Precint adalah food court paling besar yang menempatkan banyak kedai makanan. Sebut saja apa nak makan seperti sate, nasi kerabu, nasi lemak, char kway teow, nasi kandar, mee rebus, mee kicap, nasi arab dan mcm2 lg.
10)cyberjaya bus terminal Foodcourt.