Wednesday, January 6, 2016

Trip ke Cameron Highlands.Pahang


Berada di ketinggian 1,829 meter dari aras laut. Mengambil masa 2 hingga 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, 45 minit dari Ipoh, 45 minit dari Gua Musang, Kelantan. Cameron Highlands dilengkapi dengan beberapa pekan-pekan kecil iaitu, Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Perjalanan yang sungguh mengasyikkan melintasi gunung-ganang samada melalui laluan Tapah ataupun Simpang Pulai,  Di sepanjang jalan kita akan melihat perkampungan orang asli, pemandangan lembah2 yang menghijau dan air terjun yang cantik 
Terdapat 3 laluan utama ke Cameron Highlands
  • Tapah Perak – Cameron Highlands
  • Simpang Pulai Ipoh Perak – Cameron Highlands
  • Gua Musang Kelantan – Cameron Highlands

Tempat menarik  yg wajib dikunjungi di Cameron Highlands

1.Ladang Teh
Ladang teh Boh di habu,Ringley
Ladang teh Boh Di Sg Palas,Brincang
Ladang teh Cameron Valley di Kuala Terla
Ladang teh Cameron Valley di Tanah Rata















2.Ladang Kea (Kea Farms)
Tempat menarik di Cameron Highlands ni iaitu Ladang Kea (Kea Farms) Lokasinya cuma 300m jer dari Hotel Copthorne di Brinchang.ia merupakan tempat di mana sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil-hasil pertanian segar Cameron Highlands dijual dgn harga yg murah di banding dgn tpt lain.ia salah satu tempat yang wajib di lawati , khusus kalau nak bawak ole-ole atau buah tangan balik ke rumah  .





3. Ladang Strawberry
Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata
Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), Brinchang
Taman Agro Tourism, Brinchang
















4.Ladang Lebah (Bee Farm)
Produk lebah yang dihasilkan di ladang Brinchang,Cameron Highlands 


5.Pasar malam Baru di Golden Hill 2018
Pasar Malam dulu di Berincang sekarang telah berpindah di Golden Hill berdekatan padang goft .dimana terdapat pelbagai makanan dan  hasil sayur-sayuran dan Buah2an dr ladang dijual di sini (petang Jumaat dan petang Sabtu sahaja). Pelbagai buah-buahan hutan yang tidak pernah ditemui seperti buah cinta, buah sentul, epal cameron dan lain-lain








6.Parit Falls
Boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki atau pun secara hiking. Terletak tidak jauh dr Jabatan Perhutanan berdekatan dgn Robinson Falls













7.Air Terjun Robinson
Hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki. Terletak 2k m dari Pekan Tanah Rata.Ia boleh melalui Jabatan perhutanan atau melalui Resort Century Pines dan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sini.



8.Gunung Berincang
Menjelajah kawasan pergunungan Cameron Highlands dan tumbuh-tumbuhan di kawasan Hutan Simpan Gunung Brinchang.














































9. Gunung Berembun.
Gunung Berembun, Cameron Highlands yang mempunyai ketinggian 6,924 kaki @ 2,110 meter dari aras laut. 
mendaki melalui Pejabat Hutan Cameron Highlands.di Tanah Rata.  








10.Muzium Time Tunnel,Brincang
Unik dan menarik di samping membawa anda kembali ke nostalgia masa lampau terutamanya pada tahun-tahun  70-an dan 80-an. Terletak di tepi jalan berhampiran pekan Brinchang. Ianya merupakan mini muzeum yang mempamerkan beribu-ribu koleksi barangan keperluan harian semenjak berpuhan tahun yang lampau. Merangkumi koleksi jenama-jenama terkenal seperti Darkie, Lactogen, Dutch Baby, Dumex, Nespray, air botol Fanta, A&W dan ratusan lagi jenama.


11.Pejabat Perhutanan Cameron Highlands.Tanah Rata

Di pejabat hutan tersebut terdapat menara tinjau dan Camp Site iaitu tapak perkhemahan Sungai Pauh yang boleh menampung sehingga 300 orang peserta dalam satu-satu masa. Boleh membuat aktivity perkemahan,jungle trecking dan mendaki gunung berembun





















12.Agro-Technology Park MARDI.
Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultureal dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kejaraan. Agro Park ni memang luas dalam 42 hektar dan pelawat boleh menyaksikan sendiri keindahan bermacam jenis kebun bunga, tapak penyemaian, ladang dan juga tempat penanaman mini untuk pokok teh. 




13.Lavender Garden
Lavender Garden ni terletak di Tringkap ke arah Brinchang.bermacam bunga terdapat disini.tiket masuk skrg RM10 dewasa..mahal jgklah mcm tak berbaloi jew msk setakat ambik gambar..
dulu 2015 harga tiket 5okaylah jgk klau family ramai..Lebih baik pergi Ladang anggur di blue valley..masuk free.














Ladang Anggur Blue Valley
terletak diblue Valley 25mnt perjalanan dr Berincang.memang berbaloi,bukan setakat anggur ada bermacam sayur2 ran dan buahan di sini.boleh beli strawbery dgn harga murah dr pasar malam.buah anggur kat sini memang masam,klau nak beli bolehlah utk rasa. 1 kotak 500gram dlm rm15..klau strawbery dlm rm5




LADANG TEH

Kalau dah sampai kat Cameron Highland ni memang tak sah la kalau tak berkunjung ke ladang teh! Selain Strawberri, salah satu trade mark untuk Cameron ni Teh la. Terdapat dua syarikat penanaman teh utama kat sini iaitu Bharat Tea dan Boh Tea.









 Ladang Teh Boh yg terbesar terletak di Sungai Palas Brinchang antara ladang teh yang paling popular untuk dikunjungi di Cameron Highland. Untuk sampai ke sini, haruslah melalui jalan utama (jika dari Tanah Rata) dan melepasi pekan Brinchang. Ladang ini memang terletak di Brinchang. Selalu kita melihat pemandangan ladang teh yang cantik dari sebuah cafe yang menawan di dalam gambar-gambar atau Televisyen. Inilah tempatnya. Disini juga mempunyai sebuah galeri sejarah, kilang memproses teh dan sebuah kedai menjual teh pelbagai jenis. Kilang memproses ditutup kepada pelawat pada pukul 4 petang. Cafe dan kedai pula ditutup pada pukul 5pm.



Bharat Tea Plantation



Sementara Bharat tea plantation ni merupakan ladang teh yang kedua terbesar di Cameron Highland. Asalnya Bharat Tea Plantations ni dari seorang saudagar India yang membeli 50 ekar tanah Cameron pada tahun 1933. Kini Bharat Tea Plantation mempunyai 3 ladang di sekitar Tanah Rata dan di Kuala Terla dengan signature Cameron Valle


Cameron Highlands muncul sebagai destinasi cuti-cuti Malaysia pilihan ramai kerana cuacanya yang dingin dan udaranya yang cukup nyaman. Di Cameron Highlands, ada banyak penginapan murah yang sesuai untuk percutian bajet korang.

Ditegaskan di sini, sekiranya korang call dan direct booking dengan hotel, atau walk in takkan dapat harga murah sepertimana online booking, kerana online booking ada pelbagai keistimewaan dan diskaun. Harus diingatkan juga, rate harga penginapan murah selalunya BUKAN waktu peak seperti hujung minggu dan cuti umum/sekolah. Book online sekurang-kurangnya sebulan lebih awal untuk dapatkan diskaun maksima.
1)Homestay dan Chalet di Kg Taman Sedia,berdekatan kebun2 strawberry,pasar malam,warung makan dan pejabat hutan dan kawasan utk jungle trecking ke gunung berembun..