Monday, January 27, 2020

trekking Bukit Jugra.Banting



Aktiviti hiking kali ni di Bukit Jugra yang terletak di Banting, Selangor. Sempena cuti Raya cina yg panjang ne .kami ambil kesempatan yg terluang utk beriadah dinegeri ku sendiri..Jugra sapa yg kenal..salah satu pekan yg terkenal dgn sejarah Lampaunya..byklah tempat2 peninggalan sejarah ada disini...


Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan SelangorRumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit JugraSampanperahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari KajangBalakongHulu LangatSemenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan:
  • Makam-makam diraja Selangor.
  • Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja Selangor.
  • Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.
  • 1976 pembinaan istana oleh Sultan Abdul Samad.
  • 1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah.


Lama dah tak trekking masuk hutan..sempena tahun baru azam baru 2020..Lebih menawan Lebih Aktif dan Lebih sihat..insallah..Jam 7pg kami bertolak dr shah alam. perjalanan memakan masa 20mnt utk sampai ke banting dan sampai dijugra kami singgah utk sarapan di kampung sungai raba ..singgah diKedai D'Lempeng berdepan kolej matrikulasi...memang osemm lah makanan dia ..mcm2 ada menu utama Lempeng,Lontong,Nasi Lemak,mee,meehoon,nasi Goreng dan bermacam lg kueh mueh..klau nak trekking bukit jugra jgn lupa sarapan disini.

selepas breakfast kami bergerak ke kampung permatang pasir.dan masuk mencari parking kereta bersebelahan masjid Al-Muttaqin.terdapat tempat parking di sebelah masid dan sepanjang jalan menuju ke tangki Air..Tetapi kekadang parking selalunya klau hujung minggu selalu penuh boleh parking didalam masjid atau di Pekan lama Jugra..alhamdullilah harinini kereta tak banyak org pun tak ramai sebab cuti raya dan cuti sekolah..boleh parking dgn mudah..klau tidak kat trek pun jem ramai org yg trekking boleh berlaga bontot..





masuk ikut pintu gerbang selamat Datang ke Kampung Permatang Pasir sebelah masjid



kami mulakan pendakian jam 9.00 melalui tepian Pagar Tangki Air sebelum meredah lalui trek hutan..dan trek yg mendaki terus mencanak..

boleh Parking dikiri kanan jalan tapi selaluinya penuh dgn kereta jika lewat sampai kita boleh parking diluar

Pintu Masuk Tangki Air


Start Trekking melalui tepi pagar tangki Air
Start ikut trek hutan terus mencanak lama tak trekking fooh peluh jantan semua kluar sepanjang trek ada tali yg dipasang utk keselamatan sebab ada trek yg curam dan memudahkan pendaki utk mendaki jika melalui trek yg licin dan mencanak tinggi




Persimpangan short trail 15mnt dan Long trail 25mnt ada 2 pilihan jika ikut yg short trail treknya mencanak tinggi dan jika memilih Long trail trek dia Landai  tapi jauh sedikit..klau ikutkan yg baru bertama kali naik eloklah ikut long trail semasa mendaki dan semasa menurun ikut trek short trail..


 sepanjang trek ada pokok2 yg besar 
sampai di  chatting point dalam 30-45mnt ikut kemampuan tenaga kita.
Tempat rehat chatting point dah mcm kat puncak tapi sebenar nya puncak kena masuk melalui kawasan larangan TUDM yg dipagar..jd tiada sapa yg boleh masuk tanpa kebenaran...
 trekking dlm 15mnt lg utk ke pintu masuk ke puncak bukit jugra..diatas puncak ada radar tudm dan balai cerap tempat melihat anak bulan..
Rumah api Bukit Jugra boleh trekking dr pintu masuk pagar tudm dlm 10-15mnt, atau naik kereta pun boleh kena turun balik ikut jalan kereta naik ke bukit jugra.


sekian utk coretan dan pengalaman mendaki bukit jugra utk awal tahun 2020...selamat berjumpa lgdi lain coretan.Terima Kaseh.