Friday, August 19, 2022

GUA SIREH-BALING KEDAH



Daerah Baling, di pedalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah.
Cara mudah untuk sampai ke Baling dari Kuala Lumpur adalah melalui Lebuhraya Utara Selatan dah keluar melalui Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar kita boleh meneruskan perjalanan ke Gerik dan terus ke Pengkalan Hulu( Kroh), Perak. Baling terletak 16km dari Pengkalan Hulu, Perak. Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau, Gunung Baling dan Gua2 yg baru diteroka dan boleh dilawati seperti gua sireh dan Gua Telinga. Selain itu, baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, dimana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. 



Keindahan Gua Sireh di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, Baling merupakan tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara. Lokasinya yang terletak 20 meter daripada pekan Baling telah dibuka kepada pengunjung pada Februari 2019. Laluan gua ini adalah sepanjang 400 meter iaitu dari pintu masuk sampai ke hujung telah dijadikan lokasi perlancongan terbaru di daerah Baling. Penerokaan gua ini dilakukan atas inisiatif persatuan penduduk dan penduduk menggerakkan inisiatif memajukan gua berikutan keunikan dan keindahannya. Panorama didalam gua ini sungguh menakjubkan.

Gua Sireh dianggap sebagai gua paling luas di negara ini dengan keluasan mencecah 192 meter lebar dan ketinggian antara 60 hingga 80 meter.sebelum di buka kepada orang ramai sebagai pusat pelancungan ia  menjadi tempat mencari rezeki penduduk melalui najis kelawar yang dijadikan baja.


treck ke pintu masuk gua

Batu penunggu ne kena ambik gambar kat sini sebelum masuk gua


treck yg disediakan ikut sahaja jambatan tu


ne yg dinamakan gua sirih sebab terdapat batu berbentuk sirih junjung 

Memasuki pintu gua sahaja, pasti anda sudah terpukau dengan batu besar dengan ketinggian tujuh meter berbentuk sirih junjung yang seolah-olah menyambut ketibaan sesiapa sahaja yang memasukinya.Selain sirih junjung, terdapat juga batu yang menyerupai belalai gajah dan beberapa bahagian dinding gua menyerupai muka singa serta orang sedang bertapa


memang luas gua sireh ni..dilengkapi dgn lampu2 dan treck memudahkan lg pengunjung meneroka keseluruhan dlm gua.









Gua sireh ini telah di uruskan oleh pihak koperasi penduduk Kg yg menyediakan kawasan parking kereta,tandas dan Guide yg akan membawa pengunjung meneroka sambil memberi penerangan sejarah gua sireh.pengunjung akan di bawa meneroka selama 2-3jam.Gua sireh antara tarikan terbaru di Baling selain gunung Baling.gua ini jgk antara gua yg tercantik pernah saya teroka...