8 Sept 2012 jam 9am Flight D7320 dr LCCT berlepas dan sampai di Chengdu Shuangliu Int's Airport jam 1.45pm..(Lebih kurang 5 jam lbh perjalanan).sampai sahaja di airport kami terus mencari tiket flight ke Urumqi,dgn harga lbh kurang 2220 RMB(RM1110).terasa mahal lah juga,tapi apakan daya,perjalanan harus di teruskan,gara2 menukar plan A(Tibet ) ke Plan B(wilayah Xinjiang).trip ke tibet dibatalkan sebab masaalah permit disaat2 akhir. walaupun punya masa yg singkat kami sempat mencari info2 tentang budaya dan tempat2 yg menarik di Xinjiang utk dikunjungi.
Hostel tpt kita org duduk....
Setelah selesai urusan tiket kami terus mencari teksi ke Hostel yg kami booking(Lazybones Hostel) terletak ditgh kota chengdu,dkt kemudahan pengangkutan awam,MRT.Tambang teksi lbh krg 80-100Yuan.lbh kurang 30-45 mnt perjalanan sampai ke hostel tpt penginapan kami.setelah selasai urusan bilik dan berehat sebentar kami terus berjalan mencari tpt2 makanan halal,tak byk Restoran mknan halal dikawasan ini,cuma tak jauh dr hostel bersebelahan Hotel Sheraton ada sebuah restoran makanan halal dgn harga yg berpatutan.
Mlm di kota Chengdu dinggin penuh warna warni,bersantai di People Park melihat gelagat warga kota bersosial.lbh kurang jam 11 kami terasa letih dan kedinginan terus pulang ke Hostel.
Day 2- Chengdu
Bangun awal pg jam 6 am.setelah breakfast roti (roti cicah sambal ikan bilis)yg di bawa dr tanahair,kami seterusnya bergerak menaiki beberapa van yg di sewa ke tempat pusat pemuliharaan Panda.dgn pakej 118Y seorg.jam 7.30 bergerak dan lbh krg 30-40mnt perjalanan sampai ke distinasi yg dituju.Populasi giant panda kini sedang merosot dan diancam kepupusan. kerajaan China telah membina beberapa buah pusat pemulihan bagi menumpukan usaha untuk membiakkan baka giant panda memandangkan haiwan ini agak pemalu dan sexually reluctant. Biasanya bila ke Giant Panda Breeding Research Base(salah satu pusat pemuliharaan panda yg dibuka kpd org ramai),dia org akan bawa pg2 kalau boleh waktu feeding session. Waktu ni bolehlah kita tengok telatah panda yang aktif sebab selepas waktu ni (11am)ia akan mula berehat dan tidor. Beruang panda ni memang comel ,cuddly dan pemalas...(kalau tengok gambar memang mcm patung)
Beruang panda ada beberapa sepises di pusat ini. Walau bagaimanapun, red panda dan giant panda berbeza dari segi fizikal, saiz dan warna. Red panda juga macam seakan-akan raccoon tapi lebih besar daripada kucing. memang luas kawasan disini walaupun sudah 4 jam berjalan tetapi kaki tak terasa penat dek tengok gelagat panda....setelah berhenti berehat sambil menonton tayangan video dekomenteri mengenai Panda kami pun berangkat pulak ke Hostel...ahh ahh jgn lupa beli souvenir brgan panda di luar kawasan (jln ke carpark)pusat pemuliharaan panda krana harga nya jauh lbh murah....
Jam 12.30 sampai di hostel,kami terus ke restoran makanan halal disebabkan pg tadi ada org yg tak sempat nak sarapan ...habis licin makanan yg kami order..
Dah kenyang apa lg jalan lg lah,kali ne mencari kawasan muslim yg berdekatan masjid,sempat solat zohor di salah satu masjid dikota chengdu,tak jauh dr people park,setibanya kami di masjid disambut (dgn perkataan malaysia2)oleh org tua(Penjaga masjid kot) dia org tahu dah wajah org malaysia.kami memberi salam dan dibawa ke tingkat atas dan menunjuk tpt wuduk dan ruang solat...sempat meninjau2 kawasan masjid dan selesai solat meninjau di luar kawasan masjid utk mencari makanan halal tapi tak byk restoran yg kami jangkakan...hanya beberapa buah kedai menjual makanan basah dan daging halal....tak sempat meninjau dgn lbh lama kerana jam 6ptg kami akan berangkat ke Airport pula utk perjalanan seterusnya ke Urumqi ibu kota wilayah Xinjiang.
Jam 7pm sampai Airport Terminal 2.(Penerbangan Domestic)...memang ketat kawalan keselamatan disini.bkn saja bdn pun kena scan siap kena buka kasut lagi.pastu kasut pun kena scan lg ...hahahaa terkejut berok tgk system dia org...(kat malaysia aku tgk dia org duduk lepak2 lg)...Sepatutnya flight 9.20pm tapi delay ke 10.30pm...sampai perut pun dah keroncong,nasib baik dlm flight ada bg mkn(was2 jugak mula2, dibelik2 ada tulis halal) apa lg makan lah....lega skt perut ..perjalanan mengambil masa 3 jam 1/2..lama tu sempat tido...apa lg zzzzz lah...
Day 3 Urumqi
Terkejut dr tidor bila terdegar pengumuman pesawat sudah mau mendarat..jam menunjukkan pukul 2.00am.teman2 lain aku tengok nyenyak jew...pa lg aku kejutkan dia org...sudah sampai lah..bangun2.....terhegeh2 turun pesawat ambil bagasi,ingat kan boleh tidor sebentar sementara menunggu siang di airport tapi kena halau lah pulak dgn pakguard,terpaksalah cari transport pg2 buta, ke hostel yg kami nak duduk...nasib baik ramai gak org yg nak membantu,tapi disebabkan jurang bahasa,mcm ayam dgn itik memang sulitlah jugak mula2 tu....nasib ada beberapa org yg boleh berbahasa inggeris yg sudi membantu...memterjemahkan alamat hostel tempat kami nak menginap..dgn kadar 100Yuan per teksi kami pun keluar dr Airport, alangkah terkejutnya cuaca tersangatlah sejuk diluar rupanya,apa lg cepat2 lah msk kedlm teksi,huu lega.....jauh juga nak ke hostel rupanya ambil masa dlm 30-40mnt juga baru sampai ke hostel....
Sampai dihostel kami terus bertanyakan bilik,nasib baik ada kosong lg...hu lega ...pastu dia org tak cas bilik utk ari ne...huhuhu lega lg...dia cas utk esok jew...tqz bangetlah staff kat Hostel (Silver Birches International Youth Hostel)....walau pun layanan dan biliknya ada kurang tapi asal boleh tidur dah okay....ramai gak mat salleh duduk sini,dia org buat transit jew sebelum ke tpt2 lain...
Dihadapan Hostel tempat kita org duduk...
Bangun lewat ckt,bincang mana nak pergi seterusnya hari ini dan esok....Perjalanan hari ini pergi ke Erdaoqiao market Dan international Bazaar..pusat bandar dan pelancongan di Urumqi yg terkenal utk membeli belah dan ke local market yg terkenal dgn pelbagai makanannya utk dinikmati....memang ramailah pelancong kat sini tgh snap2 gambar ada org menyapa pulak cakap melayu...hehehe ingat org china pandai ckp melayu, rupanya org malaysia gak melancong kat sini....hahaha....Berada di Urumqi terasa macam di negara Kazakhstan atau russia ,kerana paras rupa dia org terasa kami bkn berada di negara China..
Urumqi ialah ibu kota wilayah Xinjiang. Urumqi merupakan bandar yang terletak paling jauh dari laut, ia juga adalah pusat pentadbiran wilayah autonomi Xinjiang yang terletak di barat laut Republik Rakyat China.
Dengan penduduk bandar lebih 2.3 juta penduduk, Ürümqi, bermaksud "padang ragut cantik",dalam Bahasa Mongolia Kaum Junggar, ia merupakan bandar terbesar di pedalaman barat laut China. Sejak 1990-an Urumqi telah berkembang dari segi ekonomi menjadi pusat komersial. Urumqi berpenduduk majoriti Cina Han, dengan minoriti terbesar ialah kelompok etnik Turkik yang terdiri daripada etnik Uyghur dan etnik Kazakh dengan kumpulan China etnik Hui.
Ürümqi merupakan bandar penting di laluan utara Laluan Sutera, satu jaringan luas laluan perdagangan yang memudahkan pertukaran kebudayaan sepanjang benua Eurasia. Tahun ke-22 pemerintahan Maharaja Taizong pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 648 M, kerajaan menubuhkan bandar Luntai di kota purba Urabo, 10 kilometer daripada pinggir bandar selatan masa kini Ürümqi. Tapak purba bandar Luntai menjadi kerajaan tempatan. Kerajaan mengenakan cukai-cukai , yang telah dikutip daripada karavan-karavan sepanjang laluan utara Laluan Sutera. Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing (1763), Maharaja Qianlongmenamakan bandar ini sebagai Luntai "Dihua" (Bahasa Cina: 迪化; pinyin: Díhuà; Bahasa Manchu: Wen de dahabure fu), makna "penjelasan." Pada 1884, Emperor Guang Xu menubuhkan kota Xinjiang sebagai satu Provinsi, dengan Di Hua sebagai ibu negerinya. Ekoran penubuhan Republik Rakyat China, pada Februari 1, 1954, bandar raya ini telah dinamakan semula sebagai Ürümqi, bermakna "padang ragut cantik".
Ürümqi merupakan bandar penting di laluan utara Laluan Sutera, satu jaringan luas laluan perdagangan yang memudahkan pertukaran kebudayaan sepanjang benua Eurasia. Tahun ke-22 pemerintahan Maharaja Taizong pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 648 M, kerajaan menubuhkan bandar Luntai di kota purba Urabo, 10 kilometer daripada pinggir bandar selatan masa kini Ürümqi. Tapak purba bandar Luntai menjadi kerajaan tempatan. Kerajaan mengenakan cukai-cukai , yang telah dikutip daripada karavan-karavan sepanjang laluan utara Laluan Sutera. Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing (1763), Maharaja Qianlongmenamakan bandar ini sebagai Luntai "Dihua" (Bahasa Cina: 迪化; pinyin: Díhuà; Bahasa Manchu: Wen de dahabure fu), makna "penjelasan." Pada 1884, Emperor Guang Xu menubuhkan kota Xinjiang sebagai satu Provinsi, dengan Di Hua sebagai ibu negerinya. Ekoran penubuhan Republik Rakyat China, pada Februari 1, 1954, bandar raya ini telah dinamakan semula sebagai Ürümqi, bermakna "padang ragut cantik".
Kesemua tempat tarikan di Xinjiang ni terletak jauh yang memerlukan anda menggunakan perkhidmatan agen pelancongan.Jadi sekiranya anda ingin melancong ke Xinjiang,jangan risau kerana kebanyakan hostel atau hotel yang anda duduki biasanya ada menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong.
antara tempat2 yg boleh kita kunjungi di Urumqi.
antara tempat2 yg boleh kita kunjungi di Urumqi.
- Pasar Besar Antarabangsa Xinjiang adalah sebuah pasar Islam yang terletak di Jalan Jiefang Nan (解放南路). Pasar ini adalah salah sebuah tarikan pelancongan paling menarik di kota Urumqi dan seluruh wilayah Xinjiang.
- Gunung Hong Shan (红山) adalah tempat indah simbolik Urumqi, terletak di Taman Hong Shan.
- Glasier No.1 (一号冰川), asal Sungai Urumqi , adalah glasier terbesar terletak berdekatan sebuah bandar di China.
- Dataran Rakyat (人民广场)
- Dataran Nanhu (南湖广场)
- Muzium Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur (新疆维吾尔自治区博物馆)
- Mata Air Panas Shuimugou (水磨沟温泉) terletak 5 km timur laut Urumqi.
- Muzium Sutera Xinjiang (新疆丝绸之路博物馆)[1] terletak betul-betul di sebelah Grand Bazaar di No.160 Jalan Shengli.
- Pasar Erdaoqiao (二道桥市场) adalah suatu tempat di mana anda dapat melihat banyak barang keluaran tempatan oleh minoriti itu. Pemilik-pemilik gerai benar-benar berpakaian kostum Uighur. Kadangkala mereka tak jual apa-apa kepada pelancong, sebaliknya mengajak para pelancong menari bersama.[2]
jumpa gak org malaysia kat urumqi...klau dia tak tegur kita pun tak tahu dia org malaysia ....
Grand Bazaar ini terletak di tengah pusat bandar. Untuk kesini anda boleh menaiki pengangkutan awam seperti bas atau BRT dan boleh juga menaiki teksi. Grand Bazaar di bandar Urumqi ini persis bazaar-bazaar di Turki yang banyak menjual buah-buahan kering, wangian, Tudung ,kraftangan, keperluan harian dan Juga terdapat barangan dr Russian..Terdapat byk bazaar2 di sini
jam menunjukkan kul 3pm..singgah di masjid lama yg banyak terdpt di sekitar bandar.sebelum mencari makanan, kali ne nak rasa makanan Uighur Food....yg popular tu...dumplings,nan(roti),Gang pan bkn gangnam ya....(nasi +sayur+daging kambing),daging bakar(sate),noodles dan byk lg lah....enjoy tengok makanan kat sini..
.
roti naan ni boleh tahan berminggu2-klau dah sejuk keras gila klau baling anjing mau boleh mati ooo...
selepas makan kami pun bergerak utk menyambung perjalanan mengelilingi kawasan tumpuan warga kota mencari rezeki dan bahan keperluan...semakin hari nak gelap semakin meriah dgn org ramai lalu lalang...badan pun terasa sejuk dah....kita pun sepakat utk pulang ke hostel kerana esok pg akan bertolak menaiki Bas ke Kashgar....yg akan mengambil masa selama 24 jam perjalanana.
Telor bakar...
Air buah delima,nampak mcm sedap,kita org pun order tak tanya harga dulu....nak bayar baru tahu kao2 kena sembelih...20yuan 1 cup...kat depan sikit tanya baru 5 yuan jew...huhuhu
P/S...tanya harga dulu baru beli klau tak dia org tekan betul..bangsa dia ne memang kuat menipu..
Day 4 -Urumqi ke Kashgar
Bangun awal Pg berkemas utk cekout jam 8am.dan bergerak menaiki Bas(BRT3) ke Nanjiao Bus Station ke Kashgar.(30mnt dgn tambang 1yuan)..Ada terdpt beberapa station Bas di sini yg menuju ke segenap pelusuk China dan International seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan...sampai di sana kami terus membeli Tiket dgn tambang 264yuan(rm132).Tiket utk katil diatas murah sedikit dr di bawah....setelah selesai semua urusan kami pun mencari bekalan makanan utk dibawa semasa dlm perjalanan....
Di Stesen BRT
Dihadapan Nanjiao Bus Station-besar2 kan station dia..
Jadual perjalanan-ditulis dlm jawi ngan cina..aku pun tak brapa nak faham..
Jam 1.30pm Bas bertolak dgn lancar tanpa ada sebarang gangguan....kwn2 ku lain kelihatan teruja menaiki bas yg mempunyai katil dua tingkat....yg tidak terdpt dimalaysia...hehehe
Selepas beberapa jam perjalanan yg melalui padang pasir dan gunung batu yg gersang ,Bas kami berhenti berehat utk sapa2 yg ada hajat membuang air...seperti biasa klau di china toilet dia memang tak boleh
belahlah keadaannya....lebih baik buang celah tembok dr masuk tandas...huhuhuhu...di sebelah mlmnya pulak berhenti di padang pasir utk sapa2 yg nak buang hajat dahlah cuaca sejuk...open air lg..tak kira laki atau pempuan....hehehehe...klau dah terpaksa ,kena buang jugak lah....hati2 semasa berjalan takut terkena jerangkap samar(klau yg kering takpa lg klau yg kena panas lg ayoooo sendiri mau ingatlah)...hehehehe..pengalaman yg tak dpt dilupakan....jamban fobia klau backpack ke china..
inilah Keadaan toilet dia,pintu nya ada satu jew,tiada penghadang org sebelah pun boleh tengok kita,dah lah air tak ada...kalau ada berani nak masuk cubalah nanti...
Day 5-Kashgar
Tempat2 yg harus dilawati di Kashgar
Tempat2 yg harus dilawati di Kashgar
- Id Kah Mosque, the largest mosque in China, is located in the heart of the city.
- People's Park, the main public park in central Kashgar.
- An 18 m (59 ft) high statue of Mao Zedong in Kashgar is one of the few large-scale statues of Mao remaining in China.
- The tomb of Afaq Khoja in Kashgar is considered the holiest Muslim site in Xinjiang. Built in the 17th century, the tiled mausoleum 5 km (3.1 mi) northeast of the city centre also contains the tombs of five generations of his family. Abakh was a powerful ruler, controlling Khotan, Yarkand, Korla, Kucha and Aksu as well as Kashgar. Among some Uyghur Muslims, he was considered a great Saint (Aulia).
- Sunday Market in Kashgar is renowned as the biggest market in central Asia; a pivotal trading point along the Silk Road where goods have been traded for more than 2,000 years. The market is open every day but Sunday is the largest.
Masih didlm Bas lg. bas berhenti utk sarapan pg dan buang air (Fobia betul dia org sebut pasal tandas)tak ada apa yg menarik di hentian ne. Lg pun driver Bas akan berhenti di setiap kedai yg ditetapkan(dpt makan free +rokok) mcm kat maysia gak...walaupun dilebuhraya ada disediakan tandas yg moden driver bas ini tak akan berhenti punya....terasa bosan gak makan tido makan tido dalam bas..... tak sabar rasanya nak sampai ke distinasi seterunya.
Sambung berjalanan setelah berhenti rehat selama 20-30mnt diperjalanan kelihatan kawasan pertanian dikanan-kiri jalan seluas mata memandang..ladang Jagung,pear dan kapas..
Lebih kurang 2-3 jam perjalanan kelihatan bangunan2 seperti kawasan bandar...huu lega kami dah sampai rupanya kami di Kashgar..turun je bas kami di tunggu beberapa pemandu taksi dan van bertanyakan hotel dimana...bgtahu je nama Pamir Hotel.alamat tak ada hehehe dia org salah bawak lah ke hotel lah bukan Hostel.. lain pulak jadinya...kami pun berjalan mencari Hostel yg di booking sebelum ke Kashgar tempohari...jauh jugak lah berjalan dgn beg yg besar2 tu....nasib baik cuaca kat sini sejuk( 16-22C)...kurang lah rasa penat nya
Kashgar atau Kahsi
Kashgar adalah kota terbarat di Xinjiang, juga di China. Wilayah otonom ini merupakan salah satu kawasan atau penempatan umat Islam terbesar di China. Etnik Uighur yang berwajah Asia Tengah memang yang terbesar (90 persen), tetapi etnik Han yang berwajah oriental juga banyak ditemui dan termasuk menguasai sektor-sektor perekonomian. Dari 3,87 juta populasi Kashgar, juga ada etnik-etnik lain seperti Tajik, Kazhak, Uzbek, Tartar, dan Mongol.
Kashgar adalah kota terbarat di Xinjiang, juga di China. Wilayah otonom ini merupakan salah satu kawasan atau penempatan umat Islam terbesar di China. Etnik Uighur yang berwajah Asia Tengah memang yang terbesar (90 persen), tetapi etnik Han yang berwajah oriental juga banyak ditemui dan termasuk menguasai sektor-sektor perekonomian. Dari 3,87 juta populasi Kashgar, juga ada etnik-etnik lain seperti Tajik, Kazhak, Uzbek, Tartar, dan Mongol.
Kedudukan geografi Kashgar yang bersempadan dengan lapan buah negara seperti Afganistan, Turmenikistan, Krgystan, Pakistan dan Kazakhstan memberi keunikan yang berbeza terutama pada bentuk fizikal dan raut wajah mereka yang jauh berbeza dengan kaum majoriti, Han.
Ketika menjejak kaki di sini,kami sudah terasa sesuatu yang unik di sini. kami rasakan seperti bukan berada di China, sebaliknya di Rusia atau Asia Barat apabila melihat warna kulit, bentuk mata dan wajah mereka yang iras masyarakat Arab, Turki, Iran mahupun Afghanistan. Malah pemakaian tudung dalam kalangan wanita di sana juga hampir menyerupai wanita Turki.
Lebih kurang 30-45mnt berjalan2 barulah kami dpt jumpa alamat Hostel yg kami Booking tempohari..Pamir Youth Hostel,level 3,section A,Districh 7,Id Kah Bazaar,Nuo'er Beixi Rd.
Bersebelahan Id Kah Mosque.setelah urusan bilik dan berehat sebentar kami semua keluar meninjau2 disekitar kawasan Id Kah Mosque.Bazaar dan berjalan di pasar malam....
Masjid paling terkenal di Kashgar, Masjid Eidgah yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu pada 862 Hijrah atau 1442 Masehi.
Menjadi antara 10 masjid lama paling terkenal di dunia, ia menggabungkan unsur dan gaya pembinaan masyarakat Uygur pada bangunan utama untuk ruang solat, bilik kelas agama, kubah, menara dan pintu utama masjid. Semenjak 1955, iaitu apabila kerajaan wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dibentuk, masjid ini telah beberapa kali dibaik pulih dan pada 1962 diwartakan sebagai warisan Islam serta tapak warisan sejarah pada 25 Julai tahun ini. Masjid ini juga adalah satu-satunya masjid yang tidak boleh dikunjungi wanita Islam untuk menunaikan ibadat, kerana wanita di sini dilarang ke masjid dan hanya beribadat di rumah. Berkeluasan 16,000 meter persegi, masjid ini dapat menampung jemaah sehingga 100,000 orang setiap kali solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha. Bayangkan betapa luasnya kawasan masjid ini ,masyarakat di Kashgar akan bercuti selama tiga hari bagi membolehkan mereka melakukan ibadah korban. ibadah korban biasanya dilakukan di rumah masing-masing dan hanya kulit binatang sembelihan seperti kulit kambing akan disedekahkan kepada masjid sebagai sumbangan kepada tabung masjid.
Dataran Id Kah Mosque
Kashgar old town contains a large group of Uygur residential houses . The Old Town city is now home to 630 homes with more than 2450 people, all of whom are Muslims.
The town has a history of over 2,000 years. It was said that Banchao, Eastern Han's envoy to the Western Region once stayed here on his way. It was a summer palace during the Kalahan Dynasty.
Puas berjalan melihat pelbagai ragam manusia dan bermacam2 makanana dan barangan keperluan dan kraf terdapat disini sehingga hari dah larut mlm,badan pun terasa penat kami pun balik ke Hostel utk berehat, kerana akan menyambung perjalanan ke beberapa tempat sejarah yg menarik utk dikunjungi esok pg disekitar Kashgar....
Day 6-Kashgar
Bangun awal pg utk ke masjid,dr dlm bilik yg mengandap masjid sudah terdengar azan subuh,cepat2 ambil wuduk,nasib ada air panas,klau tak mak ai sejuk gila kena kat muka,sebab kena ambil wuduk di hostel kat masjid tak ada tempat wuduk,tu yg pelik nya masjid2 disini tak menyadiakan tpt utk berwuduk,mungkin dia org ambil wuduk di rumah kot....memang sejuk lah cuaca kat luar tu...jalan lbh krg 5 mnt dah sampai kat masjid sebab hostel betul2 bersebelahan masjid Id Kah....aku tengok dia org semua pakai stoken,aku jew yg tak pakai,huhuhu dia org tak tahan sejuk kot, Boleh tahan gak ramai jemaah subuh kat sini adalah dlm 100-150 org...Balik dr masjid kemas2 beg dan sarapan roti ngan air milo..sementara nak tunggu kedai mkn kat bawah dibuka jam 9am atau 10am ,sebab kat sini waktu dia lewat 2 jam dr Beijing..kat sini sarapan ngan makan tengahari sama jew menu....itu yg tak best nya....nasib baik ada Pau ok lah sikit pg2 ne nak mkn........
.
Selepas sarapan kami berjalan utk ke beberapa tempat sejarah dan pelancongan seperti OLD TOWN,SUNDAY MARKET dan ABAKH KHOJA TOMB.pagi2 lg kelihatan warga nya keluar mencari rezeki di sepanjang jalan yg kami lalui..
Mat Tock Bazaar adalah tempat perindustrian atau kawasan pertukangan besi, Terdapat banyak kedai2 yg menjual peralatan dr besi2 di sini.
Akhirnya setelah penat berjalan kita sampai juga di penempatan Kota Lama yg unik dan bersejarah hingga kini masih lg dihuni .Kita boleh merasakan sisa-sisa masa lalu itu. Salah satunya di penempatan kota lama seluas 2.000 meter persegi. Walaupun dari luar nampak seperti reruntuhan batuan, sesungguhnya ada kehidupan di situ. Di antara rumah-rumah yang diperbuat dari tanah liat dan adunan jerami itu, tinggal sekitar 10.000 penduduk yang umumnya etnik asli, Uighur.
|
Sunday Market
Most visitors come to Kashgar for the Sunday Market. Kashgar's Sunday market operates seven days a week, but Sunday is the most crowded. Alas, it's been modernized - moved inside with orderly rows of stalls, but it's still an exotic cornucopia. Women are bargaining over flashy rayon fabrics and traditional Uygur designs. Men are trying to find just the right hat. Traditional instruments are for sale. Tart and spicy freshly squeezed pomegranate juice, sold outside the market, is one of Kashgar's finest products. At the edge of the market, up a flight of stairs is Mohammed Ali's rug store, the largest in Kashgar. He also has a branch outside the Chini Bagh Hotel and seems to pop up everywhere.
If the Sunday market seems a bit overly modernized, the Sunday livestock market at the edge of the city offers a glimpse of the past, with intense buying and selling of lambs, donkeys, goats and the occasional camel. Food vendors and craftsmen line the edges of the market. Chinese officials are stationed at the exits to make sure sales tax is paid. The best time to visit is after 11 a.m. since farmers come from great distances and don't arrive much earlier. The road to the market is lined with people arriving in their tractors, trucks and horse-drawn vehicles.
Setelah penat bejalan2 di sunday market kami berehat sebentar dan minum di salah satu gerai di sini. sebelum meneruskan perjalanan ke salah satu tempat sejarah disini Abakh Khoja Tomb
Abakh Khoja Tomb
Kompleks makam Abakh khoja, penyebar Islam di Kashgar. Terletak di kampung Hazriti atau sekitar 5 kilometer arah timur laut dari pusat kota, makam yang dibangun tahun 1640 untuk ayah Abakh khoja, yaitu Mohammad Yusuf khoja. Yusuf adalah ulama sufi Tarekat Naqsabandiyah dari Asia Tengah. Abakh khoja pun mewarisi peranan ayahnya meluaskan syiar Islam di Kashgar dan sekitarnya.
Abakh Khoja Tomb, which is located at five kilometers northeast of Kashgar, is an important the protection site of cultural relic of Xinjiang Uygur Autonomous Region. Abakh Khoja Tomb was first built in 1640 or so. As the tomb of descendants in Islam, Abakh Khoja Tomb is an ancient Islamic building nestles. It is said that 72 persons of five generations in one family were buried in the tomb, among whom is Abakh Khoja. Abakh Khoja Tomb consists of five parts: a gate tower, a chapel, a large worship temple, a hall for learning scripture and a tomb chamber. The tomb chamber is mighty and splendid. The walls of this chamber are decorated by green marble bricks with yellow and blue tiles enchased among them. The gate of the tomb is located to the south of the chamber. In China, Abakh Khoja Tomb has a more popular name "Tomb of Xiang Fei." Legend has it that Iparhan, a descendant of Abakh Khoja, exuded an enchanting fragrance without using any perfume, hence the name Xiang Fei. Admission Fee: 30 Yuan
Di larang mengambil gambar tapi curi2 gak ambil utk tatapan kawan2..
Dgn cuaca yg agak panas dan berdebu kami berehat sebentar sebelum sepakat utk pulang ke Hostel kerana keletihan disebabkan byk berjalan dr pg sehingga ke ptg,dgn menaiki teksi dgn tambang 10yuan...kami berehat di hostel sebelum keluar kembali utk berjalan disekeliling Id Kah square pd waktu mlm...
Hostel tempat kita org duduk,bestlah ada byk tpt lepak.....mlm kena berkemas kerana esok pg2 akan bertolak ke TASHKURGAN selama 2 hari.. Bersambung
Bangun Awal pg utk cek out utk 2 hari perjalanan ke Tashkurgan dan akan menginap di Karakul Lake,setelah selesai segala urusan dan meninggalkan sedikit barangan keperluan di hostel kerana kami cuma membawa sedikit pakaian utk dibawa nanti,selepas sarapan jam 10.00 am kami bertolak dgn menaiki teksi yg disewa.setiap teksi kena memuatkan 4 org,kami berenam dan dua org sahabat baru backpackers yg akan bersama kami seorg berbangsa China warga Canada dan seorg dr Perancis.Lbh kurang 30-45mnt perjalanan, kami berhenti di pekan kecil utk membeli barang makanan utk dibawa ke karakul lake kerana dijangka makanan disana mahal dan mungkin tiada itu yg diberi tahu oleh driver +guide kami,..kami membeli sedikit buah2an dan nan utk makanan mlm dan sarapan nanti disana....Perjalanan yg akan melalui karakoram Highway memang terkenal dgn keindahan pemandangan gunang ganang yg diselaputi salji dan juga pemandangan padang ragut (grassland)utk penternakan seperti yark,kambing dan keldai,laluan ini juga memang laluan berbasikal yg sgt Popular dan digemari oleh pengembara berbasikal serata dunia,semasa diperjalanan pun kami lihat terdapat beberapa pengembara berbasikal yg berbasikal hingga ke sempadan Pakistan(Khunjerap Pass).
Setelah selesai membeli makanan kami pun bertolak semula dan kelihatan ladang2 pertanian dikiri kanan jalan,di kawasan ini memang terkenal dgn Ladang buah2an, jagung dan kapas,Lbh kurang 30-40mnt perjalanan kelihatan tanah dan gunung2 tandus, kami berhenti rehat sebentar utk mengambil gambar.
Lbh kurang 1.30-2jam perjalanan sampai diPos Pemeriksaan sempadan,cuaca disini semakin sejuk,kena tunjukkan Pasport utk meneruskan perjalanan,ada juga pelancong yg tak membawa pasport tidak dibenar meneruskan perjalanan,terpaksalah berpatah balik,huhuhu di China memang terkenal dgn ketegasan penguatkuasaan undang2 nya...disini tak dibenarkan mengambil gambar tapi aku curi2 gak ambik..hehehe ..
Setelah selesai pemeriksaan kami bergerak semula,semakin lama semakin sejuk cuaca disini dan pemandangan semakin menarik dgn gunung ganang diselaputi salji dan jalan yg bengkang bengkok...
Tiba di sand Lake jam 2ptg,ingatkan sudah sampai di Karakul lake rupa kami tertipu hahaha,berhenti sebentar ambil gambar,boleh tahan juga sejuk ditambah lg angin kencang yg bertiup,terdapat perkampungan disini dan kelihatan beberapa org penduduk sedang berniaga batu dan barangan kraf, selain menternak yark utk tenusu dan kambing utk dijual..
berhenti makan di Sand Lake terdapat restoran disini yg menyediakan makanan sup kambing dan roti nan,menu biasa bg penduduk disini.
Selesai makan kami kembali bertolak utk ke distinasi yg seterusnya perjalanan semakin menarik kerana melalui kawasan pergunungan bersalji dan lembah2 padang ragut(grassland) dan juga perkampungan.
Perhaps the most beautiful and remote location in Central Asia, Karakul Lake lies at the extremity of habitation. Nearly 4000m in altitute, the community of Karakul survive through nomadic herding of yaks, sheep and goats. From April to October they stay in the high pastures but in the winter they stay in the village and endure the freezing temperatures and thick snows by tending fires to warm the central room of the house.
Sampai dikarakul Lake jam 3pm,Dgn cuaca yg sgt baik dan terang, Luas mata memandang melihat keindahan tasek berlatar belakangkan pergunungan bersalji,Memang berbaloi lah perjalanan kami hari ini,dgn ketinggian 4000 meter dr paras laut dan suhu dr 10-16*Celsius memang sejuklah...cepat2 ambil gambar sebab kepala pun udah rasa pening2.setelah mengambil beberapa keping gambar kami pun bertolak semula utk ke distinasi berikutnya Tashkurgan.yg akan mengambil masa 1.30-2 jam perjalanan.
Pekan Tashkurgan..
berada di pekan kecil Tashkurgan yang berada di ketinggian 3000+ mdpl pada waktu summer, masih juga terasa sejuk terutamanya pada waktu petang, malam dan awal pagi. majoriti penduduk adalah daripada etnik Tajikistan dan menggunakan bahasa sarikoli. ramai traveler menjadikan tempat perhentian sebelum meneruskan perjalanan ke Pakistan atau Kyrgyztan kerana sudah dekat dengan border kedua negara
Sampai di Tashkurgan jam 5ptg,tak sedar rupanya perjalanan kami memakan masa 1.45-2jam kerana teruja dgn keindahan pemandangan disepanjang perjalanan...rehat sebentar sementara menunggu teman2 yg menaiki 1 lg kereta utk melawat ke stone city dgn bayaran 30 yuan..
Tashkurgan bererti "Benteng Batu" atau "Menara Batu" dalam bahasa Turk. Ejaan resminya adalah Taxkorgan, sementara nama Tashkorgan dan Tashkurghan muncul di sumber-sumber pustaka. Nama kota ini jika ditulis dalam alfabet Latin Uighur adalah Tashqurghan baziri. Dahulu kota ini bernama Sarikol atau Sariqol
The name of Tashkurgan means "stone city" or "stone fort", and the town lies in the extreme South-West of the province of Xinjiang, in the Tajik Autonomous County. At an altitude of 3600m, it lies at the foot of the road leading to the Kunjerhab Pass, the Karakoram Highway - and Pakistan. In fact, the only road to Tashkurgan which is open to foreigners is the main one from Kashgar to Sost on the Pakistan side of the border and the town houses the border crossing post with customs and immigration. (Technically, the border is open from April 15th until October 31st - although these dates can move due to weather conditions.) It's position gave the town an importance, as it marked the entrance to China proper from the South Asian continent - especially from British India in the days of the Great Game. Younghusband (the explorer) and Macartney (probably the most famous of the British consuls in Kashgar) arrived here in 1890. Safdar Ali, the deposed ruler of Karimabad arrived here, fleeing from advancing British troops, in 1891. Just before the First World War, the Russians occupied the fort with a contingent of Cossacks.
The town maintains a colourful and interesting atmosphere - with contrasting elements between the influence of the Han Chinese and central Asian cultures - Tajik, Kyrgyz and Uighur. There are limited options for accommodation and food.
Perhaps the only major attraction is the Stone City - variously described as a 14th century fort or as Pliny's "Stone Tower" - which sits in a commanding position, atop a hill overlooking the plain below. Now, all that remains are stone ruins - but for those with imagination it is possible to envisage the strategic importance that the settlement once held.
Golden Grassland pemandangan dr atas bukit stone city
KHUNJERAP PASS pintu sempadan China dan Pakistan
Setelah berehat dan berpusing2 disekitar pekan kecil Tashkurgan kami pun bertolak semula ke karakul lake utk bermalam di sana,belum pun hilang penat dah bergerak lg huhuhu jam menujukkan pukul 5.30...kami kena segerak bergerak sebelum mlm kerana cuaca di sana kemungkinannya sejuk sesangat pd waktu mlm,10*celsius..
yurk tempat tidor kita org.
Sampai di Karakul Lake jam 7.15pm cuaca terasa dinggin dgn angin sepoi2 bertiup terasa sampai ke tulang sejuknya,kami terus masuk ke Yurk tempat tidor kita org,huhuhu kami di jamu dgn minuman teh dan susu yark sementara menunggu nasi yg dimasak sekali dgn kambing dan sayuran....selepas makan kami dihiburkan dgn tarian Gangnam style oleh teman baru kita yg menjadi pengajar di korea..tidur awal kerana cuaca semangkin terasa sejuk walau dilapisi beberapa helai selimut..
Day 8(15/09/12)-Karakul Lake ke Kashgar
Bangun tidur terus keluar yurk utk melihat sunrise tetapi hampa cuaca mendung dan gerimis sekejap2,masuk semula ke yurk utk memanaskan badan sementara menunggu makanan siap,sarapan pg dihidangkan roti nan dan sup kambing,bersama susu yark yg segar dr ladang....keluar ke tasek setelah cuaca mulai terang dan cerah utk melihat view dan mengambil gambar,walau cuaca sejuk diluar,setelah puas berjalan melihat keindahan tasek dan mengambil gambar kami kembali ke yurk utk berkemas dan bertolak pulang ke Kashgar jam 11.30am.
Sampai di Kashgar jam 3pm,setelah membersihkan diri,Kami bergerak utk berjalan2 mengelilingi kawasan berdekatan tumpuan warga disini utk membeli belah dan berhibur... Berkepadatan penduduk seramai 4.0 juta orang, 90 peratus penduduk Kashgar yang majoritinya dari Etnik Uygur adalah beragama Islam. Tidak hairanlah senibina, pakaian dan makanan di sini dipengaruhi etnik Uygur selain terdapat campuran pengaruh dari Asia Barat seperti negara-negara Arab dan Turki. Mempunyai bahasa dan tulisannya sendiri, nama Uygur ditetapkan sebagai nama rasmi etnik itu sejak 1935. Bentuk tulisannya berakarkan daripada aksara Arab yang jelas membuktikan betapa kuatnya pengaruh Islam di sini yang menjadi satu daripada laluan terpenting pedagang Arab ke China melalui laluan sutera satu ketika dahulu. Melihat papan-papan tanda jalan, bangunan pejabat di sini, kebanyakannya memaparkan tiga bentuk tulisan, iaitu tulisan Uygur di atas, diikuti tulisan Mandarin dan tulisan rumi paling bawah bagi memudahkan penduduk setempat dan pelancong untuk mencari lokasi yang dituju. Kashgar terkenal dengan buah-buahan segar seperti anggur dan tembikai, menjadikan Kashgar dikenali sebagai pusat buah-buahan untuk pasaran tempatan dan seluruh China. Selain itu, etnik Uygur juga cukup terkenal dengan seni budayanya terutama tarian dan nyanyian
Malam minggu di Dataran Id kah utk menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat disini dgn acara nyayian,tarian dan Puisi sebelum pulang ke Hostel..
Day 9(16/9/2012)ahad
Program seterusnya di hari terakhir di Kashgar,Pg2 lg sudah bergerak menaiki teksi utk melawat ke(Livestock Market) Penempatan Lelongan Haiwan peliharaan yg terbesar di China.Di buka hanya setiap hari Ahad sahaja(8am-6pm).
Ada yang datang sejauh lbh 50kilometer membawa binatang ternakan masing-masing untuk dijual di sini. Uniknya urus niaga yang dijalankan di sini dibuat secara tradisonal di mana peniaga menggunakan isyarat tangan bagi menetapkan harga dan pembeli pula akan berbisik ke telinga peniaga, sama ada setuju atau tidak dengan harga yang ditetapkan sehingga mereka dapat mencapai kesepakatan harga.
Dlm masa yg singkat 2jam utk melihat acara lelongan sudah cukup mengujakan kami semua,Jam 11am kami semua kena bertolak balik ke hostel kerana akan ke stesen Bas yg dijadualkan akan bertolak jam 1pm utk pulang ke Urumqi,Alhamdulilah apa yg dirangcang semuanya berjalan dgn lancar hingga meninggalkan Kashgar yg unik dan kaya dgn budaya dan sejarahnya...
Day 10
Kashgar ke Urumqi
Menaiki Bas selama 24 jam,makn tido lah jawabnya,Sampai di Urumqi jam 3 ptg,mencari Bas(BRT3) dr stesen Bas utk ke Hostel ,setelah segala urusan di hostel dan berehat sebentar ,seterus nya kami ke stesen keretapi utk mengambil tiket yg telah kami booking lbh awal sebelum ke china lg...jgn Lupa membawa pasport utk mengambil tiket di kaunter,bkn senang membeli tiket train di china klau tidak fasih berbahasa manderin,dgn org ramai yg bersesak2 dan suasana yg sibuk dan dgn keluasaan stesen keretapinya disana anda perlu bertanya di kaunter pertanyaan sebelum membuat segala urusan.....alhamdulilah segala urusan dipermudahkan dgn keperihatian dan keramahan pengawai yg menjaga kaunter...yg byk membantu di sebabkan kami semuanya pelancong..
Setelah urusan mengambil tiket selesai kami bergerak ke bazaar utk mencari makanan malam kerana suasana semakin dinggin walaupun baru jam 8mlm.sampai saja di kawasan tumpuan iaitu berdekatan International Bazaar terdapat medan selera yg dibuka pada waktu mlm saja..memang menariklah tengok makanan yg dijual disana..klau boleh semua nak rasa...huhuhu Jam menunjukkan kul 11..masih ramai lg yg sedang makan dan membeli belah dan ramai juga yg berpusu2 utk pulang,kami pun setelah kekenyangan bergerak utk pulang,kerana keesokkan hari kami akan berjalan dibeberapa tpt yg akan kami lawati dan hari terakhir utk bershoping disini.
Day 11 di Urumqi
Bangun lewat kerana kepenatan lg pun hari ini hari terakhir di sini,jalan santai sambil shoping di sekitar Bandar urumqi.Berjalan di Taman rakyat dan beberapa shoping complek disekitar hostel. Selain daripada Urumqi,Tashkurgan,Hotam dan Kashgar, Xinjiang memiliki banyak lagi tempat yang menarik seperti Turpan, Yili, Kanas yang mendapat jolokan Swiss China. mengembaralah, kerana masih banyak khazanah alam dan manusia yang boleh diteroka serta masih banyak yang blm dibongkar.
akhirnya dpt gak aku beli benda ne...alat muzik org khazak dgn harga 150yuan...
berjalan hingga malam sayang utk meninggal urumqi yg kaya dgn budaya,sejarah,makanan dan belbagai suku kaumnya,banyak meninggalkan kenangan yg terindah disini,walaupun keletihan kami masih melepak melihat gelagat dan ragam rutin kehidupan penduduk disini. Entah kapan lg kami akan kesini lg....
Day 12,13 and 14 (Urumqi ke Chengdu)
Hari ini bangun awal utk berkemas dan urusan check out,berserapan ala kadar jam 9.30am sebelum bertolak menaiki teksi ke stesen keretapi dgn tambang 30yuan lbh kurang 30-45mnt kami sampai di stesen keretapi,sampai awal takut berlaku kelewatan akibat kesesakan kenderaan dan org ramai yg berduyun2 menaiki keretapi. Membeli makanan utk bekalan diperjalanan selama 3 hari,
selepas makan tghari,kami ke kaunter utk urusan cekin...memang ramai org berpusu2 beratur utk pemeriksaan bagasi dan tiket jam menunjukkan jam 2.45 kami bertolak menaiki keretapi.tak dpt dibayangkan apa yg kami lalui utk tempoh yg panjang di dlm train nanti,inilah pengalaman kami semua menaiki train selama 3 hari,rasa teruja juga pun ada. setelah mendapat tempat duduk,kami semua berkumpul semula walapun ada yg berlainan gerabak dan bilik,ahkirnya setelah berbincang dan bertukar2 tempat duduk kami semuanya di satukan semula dlm satu gerabak,Byk kesah lucu apa bila bertutur dgn warga tempatan(walaupun mengunakan bahasa isyarat) ahkirnya mereka membantu kami semua dlm mencari dan betukar2 tpt duduk.
3 hari perjalanan dlm train byk kenangan dan pengalaman yg kami dpt,kbykan penumpang yg sama gerabak sgt sporting dan peramah....walaupun kami tidak memahami bahasa antara satu sama lain...hingga kan kami tidak terasa bosan dgn gelagat dan keahkraban penumpang2 disini ahkir kami sampai juga di stesen chengdu.
Jam menunjukkan pukul 3pm kami semuanya turun dan seterusnya mengambil teksi utk ke hostel.setelah selesai semua urusan di hostel dan berehat sebentar kami mencari restoran makanan muslim dan bergegas pula utk mencari kedai2 outdoor yg kami rancang utk membeli beberapa barangan yg kami cari....memang banyaklah kedai2 outdoor disini menyenangkan kami memilih barangan dgn harga yg murah....
Hari ke 15 (Chengdu)
WuHou Temple
Hari terakhir di sini,pg2 lg sudah keluar mencari tempat utk membeli barangan cenderamata utk di bawa pulang, kami pergi ke WUhou Temple,setelah berjalan2 lbh kurang 2-3 jam kami sepakat utk pulang ke hostel dan bergegas pula mencari teksi ke airport kerana flight kami dijangka berlepas jam 2ptg..akhirnya kami semua selamat sampai di airport walaupun ada beberapa masaalah dgn Bagasi kerana terlebih berat dan muatan akhirnya alhamdullilah semuanya selesai dan selamat utk berlepas meninggalkan Chengdu yg masih byk lg belum diteroka...insaallah akan kami kembali lg ke sini....
Red Panda sangat kiutttttt !
ReplyDeleteTak sabar nak baca penceritaan selanjutnya ( :
Travel yang best!
ReplyDeleteThanks Azizan Zolkipli sebab share dalam BBM! Great!
red panda dan giant panda tu comei2 mcm nak gigit2 je kan?
ReplyDeletesy ke sini sbb wakjan bgtau ada cerita ke urumqi & kashgar...sangat teruja. sila teruskan :)
Enjoy sya tgk gambar dan coretan..paling best toilet.hahaha
ReplyDelete