Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, digelar juga dgn pangilan Masjid
Besi, terletak di Presint 3, Putrajaya, Masjid ini yang mula dibina pada tahun 2004 siap sepenuhnya pada Ogos
2009 Masjid ini dibina bagi menampung sekitar
24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint
2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra yang terletak
kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Pintu gerbang masuk juga menggunakan Konkrit bertetulang Kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.
Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asmaul Husna menggunakan tulisan Kaligrafi. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran.
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas kekal ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district
cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina
Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang
diimport dari Jerman dan China.
Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel
kaca setinggi kira-kira 13m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada
bahagian kanan dan Surah
Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan
dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci
berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di
udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah
yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.
No comments:
Post a Comment