Jetty Lumut |
Jetty marina island |
Perjalanan seawal Jam 6.45 pg Feri dr Jetty Lumut Ke Pulau Pangkor dan di jangka tiba jam 7.30 pg.sampai di pangkor di Jetty Pekan Pangkor Kami Breakfast dulu seblm ke hotel..Perjalanan ferry akan singgah di Jetty sg Pinang dan seterusnya ke Jetty Pangkor yg memakan masa 40-45mnt.sampai di jetty kami ditanya oleh penguasa perkidmatan kereta dan motor sewa.yg memerlukan kidmatnya.kebanyakan kereta sewa disini mengunakan kereta nasional perodua dan proton.dlm rm 70-120perday.selesai breakfast kami menaiki teksi ke hotel dgn tambang rm15 ke Pasir Bogak dlm masa 10-15mnt.
Sampai di hotel Puteri Bayu resort jam 10am kami. check in awal. disebabkan kebanyakan bilik kosong kami dibenarkan masuk ke bilik. 1st Day aktivity di Pangkor mandi di swimming Pool dan berjalan disepanjang Beach Pasir Bogak.
Pada sebelah ptg cuaca yg tak mengizinkan mendung dan hujan renyai2 merencatkan aktivity ke Pantai teluk nipah yg terkenal dgn bermacam2 jualan dan makanan disepanjamg jalan teluk nipah. so kami makan malam dan jalan2 saja di area dekat2 pekan di sini.dgn keadaan cuaca yg gerimis.
teksi stand di hadapan coral beach resort |
Pekan Pasir Bogak |
Hari kedua selepas breakfast kami membuat aktivity dgn menaiki bot utk bersantai dan bersnorkling di Pulau Glam berhadapan dgn Pantai teluk Nipah,dgn bayaran RM170
alhamdullilah cuaca hari ini cerah walau mendung sekejap2 hingga ke ptg bersantai sambil menikmati panorama indah sunset di pantai ..
Di mlm harinya pula kami berjalan ke Teluk Nipah mencari makanan laut di sebabkan di area Pasir Bogak tak byk pilihan restoran seafood so kami menaiki teksi pink dgn tambang rm15 keTeluk Niipah..sepanjang jalan di teluk Nipah penuh dgn deretan kedai2 cenderamata dan restoran seafood dgn harga yg berpatutan. Disini fresh. Sesuai untuk dibakar atau masak ikut kesukaan masing-masing. Waktu malam di kawasan nie tak sunyi sebab ramai pengunjung lepak-lepak di tepi laut dan banyak gerai-gerai makanan dan cederamata dibuka hingga lewat malam.Di Teluk Nipah, bab makan jangan risau, banyak kedai makan di kawasan ini. Malam last di Pangkor tidor lewat rewang2 di Pantai Teluk Nipah cuci mata tengok bermcm aneka cenderamata dan t shirt yg menarik setelah kekenyangan makan malam walaupun menunggu berjam lamanya baru sampai makanan yg kita order.tapi nasib baiklah makanan dia sedap...klau tak memang hampeh mlm tu...
Kebiasanya klau hari minggu atau hari kelepasan sepanjang jalan disini dipenuhi pengunjung utk makan dan beli belah. |
Last day sebelum check out layan anak mandi swimming pool sampai lebam biar dia org puas hati,memang tak sia2 stay kat Puteri Bayu nee..
Alhamdullilah berakhir percutian santai ke Pulau Pangkor seblm menaiki Ferry singgah beli makanan kering Laut di pekan pangkor .harga nya lbh murah skt jika dibanding di jetty Lumut.insaallah akan datang lg jika ada waktu dan umor...
Jetty Pangkor-sebelah kiri laluan ke Lumut dan sebelah Kanan Laluan ke Marina island SELAMAT TINGGAL P.PANGKOR. KETEMU LG DI LAIN WAKTU. |
Kereta sewa pulau pangkor 0133600930
ReplyDeleteKereta sewa pulau pangkor dari "beloved cats" telah dihentikan perkhidmatannya..maaf sekali lg..tq
DeleteKalau sewa boat berapa ?
ReplyDeletedlm 170
DeleteTq... Amat membantu coretan anda
ReplyDeleteyes..amat membantu tulisan anda.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi pengalaman..
ReplyDeletesama2 tuan
Deleteparking kat lumut berapa bro
ReplyDeleteMedan Tempat Letak Kereta Bertingkat (MTLKB) di Lumut terletak di tengah-tengah Bandar Lumut yang semakin berkembang dan pesat membangun dibawah kelolaan MPM.MTLKB ini dibina untuk kemudahan pengguna dan pelancong yang datang dari luar atau dalam negara untuk menampung kekurangan tempat letak kereta di Bandar Lumut akibat kebanjiran pelancong terutama di musim-musim cuti perayaan. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan jeti ini pelancong tidak perlu berjalan kaki terlalu jauh untuk sampai ke jeti.
DeleteTLKB mempunyai 4 tingkat di mana di dalam satu masa mampu menempatkan kira-kira 900 buah kenderaan. sejam 60sen klau 24jam sehari 14.40
Bos kalau bawak kereta sendri naik
ReplyDeleteFry boleh ke tak?macam mna cara dia
Nice sharing Tuan 😊👏🏻
ReplyDeletejarak pasir bongak ke teluk nipah berapa km?
ReplyDelete