Tuesday, February 9, 2016

Trip ke Pulau Pangkor,Perak



Ada 2 jalan Menghubungi Lumut dr Kuala Lumpur Mengunakan laluan highway Plus atau laluan pantai selangor dr Klang ke Teluk Intan. 

Bercuti ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam ..Pulau pangkor ne terletak di Lumut,Perak .Datang ke sini memang nak rehatkan diri dan enjoy dengan panaroma yg ada di pulau ni,lagi pun dah lama tak bercuti santai  bersama dgn Family.Tambahan pula tahun 2015 dan 2016 ne memang dijangka stress dgn ekonomi negara yg kurang membrangsangkan dan dgn mata wang kita yg jatuh so kenalah kita org bercuti didlm negara saja. Perjalanan dr Kl ke Lumut mengambil masa Lbh kurang 3-4 jam melalui highway PLUS,tengoklah yg bawa mcmana.klau saya bawa santai 4 jam lah gayanya..dr kl bertolak jam 2pg dan sampai di Lumut jam 6pg.kami menaiki feri yg pertama bertolak dr lumut jam 6.45am.perjalanan dr Lumut ke Pangkor Lbh kurang 45mnt.Dgn harga tiket rm10 utk dewasa pergi balik,tiket yg sama disimpan sebab nanti balik pun guna tiket yg sama,memandangkan cuti panjang sempena tahun baru cina dijangka hotel2 penuh kami dah booking awal 3 bulan yg lalu.kami memilih Puteri Bayu resort di Pasir Bogak dgn harga rm220perday.kerana suasananya yg tenang dan ada byk kemudahan,yg penting ada swimming pool utk anak2 mandi, kami plan sampai awal  utk mengelakkan kesesakkan pengunjung yg akan melawat ke sini. Alhamdullilah semuanya  berjalan  dgn lancar. 













Jetty Lumut




Jetty marina island











Terdapat 2 Jetty ke Pulau pangkor sekarang iaitu di Jetty Lama Lumut dan yg baru di Jetty Marina Island berdekatan Pantai teluk Batik bersebelahan TLDM.Perjalanan dr JettyLumut dlm 40mnt dan dr jetty marina dlm 10mnt sahaja.



































Perjalanan seawal Jam 6.45 pg  Feri dr Jetty Lumut Ke Pulau Pangkor dan di jangka tiba jam 7.30 pg.sampai di pangkor di Jetty Pekan Pangkor Kami Breakfast dulu seblm ke hotel..Perjalanan ferry akan singgah di Jetty sg Pinang dan seterusnya ke Jetty Pangkor yg memakan masa 40-45mnt.sampai di jetty kami ditanya oleh penguasa perkidmatan kereta dan motor sewa.yg memerlukan kidmatnya.kebanyakan kereta  sewa disini mengunakan kereta nasional perodua dan proton.dlm rm 70-120perday.selesai breakfast kami menaiki teksi ke hotel dgn tambang rm15 ke Pasir Bogak dlm masa 10-15mnt.
  Sampai di hotel Puteri Bayu resort jam 10am kami. check in awal. disebabkan kebanyakan bilik kosong kami dibenarkan masuk ke bilik. 1st Day aktivity di Pangkor mandi di swimming Pool dan berjalan disepanjang Beach Pasir Bogak.









Pada sebelah ptg cuaca yg tak mengizinkan mendung dan hujan renyai2 merencatkan aktivity ke Pantai teluk nipah yg terkenal dgn bermacam2 jualan dan makanan disepanjamg jalan teluk nipah. so kami makan malam dan jalan2 saja di area dekat2 pekan di sini.dgn keadaan cuaca yg gerimis.

teksi stand di hadapan coral beach resort

Pekan Pasir Bogak



Hari kedua selepas breakfast kami membuat aktivity dgn menaiki bot utk bersantai dan bersnorkling di Pulau Glam berhadapan dgn Pantai teluk Nipah,dgn bayaran RM170






alhamdullilah cuaca hari ini cerah walau mendung sekejap2 hingga ke ptg bersantai sambil menikmati  panorama indah sunset di pantai ..

 Di mlm harinya pula kami berjalan ke Teluk Nipah mencari makanan laut di sebabkan di area Pasir Bogak tak byk pilihan restoran seafood so kami menaiki teksi pink dgn tambang rm15 keTeluk Niipah..sepanjang jalan di teluk Nipah penuh dgn deretan kedai2 cenderamata dan restoran seafood dgn harga yg berpatutan. Disini fresh. Sesuai untuk dibakar atau masak ikut kesukaan masing-masing. Waktu malam di kawasan nie tak sunyi sebab ramai pengunjung lepak-lepak di tepi laut dan banyak gerai-gerai makanan dan cederamata dibuka hingga lewat malam.Di Teluk Nipah, bab makan jangan risau, banyak kedai makan di kawasan ini. Malam last di Pangkor tidor lewat rewang2 di Pantai Teluk Nipah cuci mata tengok bermcm aneka cenderamata dan t shirt yg menarik setelah kekenyangan makan malam walaupun menunggu berjam lamanya baru sampai makanan yg kita order.tapi nasib baiklah makanan dia sedap...klau tak memang hampeh mlm tu...


Kebiasanya klau hari minggu atau hari kelepasan sepanjang jalan disini dipenuhi pengunjung utk makan dan beli belah.       




Last day sebelum check out layan anak mandi swimming pool sampai lebam biar dia org puas hati,memang tak sia2 stay kat Puteri Bayu nee..
Alhamdullilah berakhir percutian santai ke Pulau Pangkor seblm menaiki Ferry singgah beli makanan kering Laut di pekan pangkor .harga nya lbh murah skt jika dibanding di jetty Lumut.insaallah akan datang lg jika ada waktu dan umor...

Jetty Pangkor-sebelah kiri laluan ke Lumut dan sebelah Kanan Laluan ke Marina island


SELAMAT TINGGAL P.PANGKOR. KETEMU LG DI LAIN WAKTU.



Monday, February 8, 2016

Zoo Negara Malaysia




Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung,reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.


Pintu Masuk Utama
































Aquria zoo negara tiada apa yg menarik perlu dibina yg baru yg lbh besar serba cangih dah lbh 50thn..huhuhu



Pertunjukkan binatang tempat sementara sebab yg lama dlm pembinaan..kecil terlalu padat. dijangka siap 2017..byk kawasan2 utk binatang2 sedang dlm pembinaan dijangka siap 2017...dah Lbh 50thn perlu ada perubahan zoo negara kita ne...


Tarikan terbaru zoo negara Giant Panda di china..