Sunday, January 12, 2014

TIPS DAN INFO JALAN2 DI KUALA LUMPUR



Tempat-tempat yg menarik utk dikunjungi di Kuala Lumpur ..Ada 2 kategory utk melawat
1) Lawatan bajet
2)Lawatan mewah
Tempat2 wisata @ pelancongan ini biasanya akan mengenakan bayaran,jarang yg ada masuk percuma sekarang,Biasa nya klau pelancong dr luar negara dia org akan melawat tempat2 yg menarik seperti KLCC,Dataran Merdeka,Masjid Negara,Istana Negara,Museum Negara,Menara Kuala Lumpur,Aquria, Batu Cave dan Putrajaya.
Kalau nak merasai pengalaman menaiki bas ke tempat2 pelancongan di sekitar Kuala Lumpur boleh juga menaiki perkhidmatan Bus HOP ON HOP OFF





TEMPAT-TEMPAT MENARIK  YG DILALUI OLEH BUS HOP ON HOP OFF
Malaysia Tourism Centre (MTC)
KL Tower
Jalan P. Ramlee (Clubbing area)
Aquaria
KL Convention Centre
Karyaneka
CRAFT Cultural Complex
Rumah Penghulu Abu Seman
Sungei Wang Plaza
Bukit Bintang Plaza
Bintang Walk
Pavilion Kuala Lumpur
Berjaya Times Square
Ain Arabia
Chinatown
Merdeka Stadium
Central Market
SRI MAHAMARIAMAN Temple
Istana Negara
Brickfields (Little India)
KL Sentral
National Museum
Parliament of Malaysia
Tugu Negara (National Monument)
Asian Sculpture Garden
Orchid Garden
KL Bird Park
National Planetarium
Tun Abdul Razak Memorial (2nd late Prime Minister residence)
Islamic Art Museum
National Mosque
KL Railway Station
Merdeka Square
Royal Selangor Club
Sultan Abdul Samad Building
St’s Mary Church
Jamek Mosque
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Istana Budaya
Titiawangsa Lake Garden
National Art Gallery
Ampang Park
KL City Centre (Suria KLCC)
PETRONAS Twin Tower
.
KL HOP-ON HOP-OFF TOUR FEES:

RAMAI YANG BERTANYA APA BEZA RONDA RONDA KL DAN KL HOP-ON HOP-OFF, INI JAWAPANNYA.

KEPUASAN SEBENAR PUSING-PUSING KL DENGAN MASA YANG LEBIH FLEKSIBEL, MENGIKUT MASA ANDA TANPA TAMBAHAN HARGA.

RONDA RONDA KL⭐️
🔂Isnin hingga Khamis
🕙10.00 AM
🕧12.30 PM
🕒15.00 PM
✅Naik dan Turun di Kiosk.

KL HOP-ON HOP-OFF💥
🔁Jumaat hingga Ahad
🕘09.00 AM - 🕕18.00 PM
✅Naik dan Turun di Semua stop kami.

KL CITY OF LIGHTS🔥
🔂Setiap hari
🕗20.00 PM
✅Naik dan Turun di Kiosk.

⭐️TERBAIK 💥TERBARU 🔥TERLARIS

🔒Pra-Tempah bagi pilihan SLOT.
⚡️Tiada pilihan TEMPAT DUDUK.
🅿️LETAK KERETA berbayar di tingkat bawah Sg Wang Plaza. (Lokasi Kiosk)

SELESA SELAMAT SENANG

Harga bermula RM20

📱Tempahan atas talian
https://ticket.myhoponhopoff.com

                                                            Map Kuala Lumpur


                                       Laluan Perkhidmatan Pengangkutan di Kuala Lumpur





Bg pelancong tempatan biasa nya dia org akan pergi ke KLCC,Dataran merdeka,Museum negara,Masjid negara dan Putrajaya. tu yg wajib dan klau yg berada dan punya wang lebih boleh lah melawat ke Aquria,Taman Burung,Taman Rama2 dan bolehlah  naik ke Menara Kuala Lumpur,yg gemar utk melihat binatang dan membawa family boleh juga ke Zoo Negara atau bermain di taman thema sunway Lagoon atau shopping di sunway piramid.

 klau nak mencari tempat shoping pun sama gak nak yg High Class atau yg biasa2 aja..Jalan.Bukit Bintang sememang nya senonim bg yg gemar berbelanja,macam2 ada dr low class hinggalah ke High class semuanya ada di sana,bg org kebanyakan biasa nya mereka akan ke Sungai Wang Plaza,BB Plaza,Time Square,Low yat, dan byk lg shoping Mall di sepanjang jln Bukit bintang,dan Jalan Imbi,Pasar malam chinatown Petaling street atau Indian street di Bangsar dan Chow kit......Klau nak cari cenderahati @ ole-ole yg murah boleh beli di Maiden Jalan masjid India...


                                                 Malam Minggu di Jalan Bukit Bintang


Bg Penduduk  Lembah kelang  biasanya  mereka akan shoping di Sogo jalan TAR,midvalley mega mall atau pun di sepanjang Jln Masjid India.

Nak cari tempat tinggal di Kuala Lumpur?
Hotel mewah dan sederhana banyak bersepah takpayah ckp.
Hotel Bajet @ Backpack Hostel..cari yg berdekatan dgn Pengankutan awam LRT atau Monorel, senang nak bergerak kemana2,Tempat2 seperti di Jalan Bukit Bintang bersebelahan Sun complex,sepanjang Jalan Alor,sekitar Time square,jalan pudu,jalan petaling byk terdapat hotel2 bajet dan kawasan ini juga seperti tiada penutup nya sentiasa Hidup 24 hous-happening
selaian di kawasan Bukit Bintang ,Jalan Tun Sambathan berdekatan KL sentrel, Jalan Masjid India ,Jalan TAR(Tengku Abdul Rahman),Jalan Raja Laut, Jalan Chow kit  dan Jalan Raja Alang jugak terdapat Banyak Hotel2 Bajet....

http://www.booking.com/budget/city/my/kuala-lumpur.html#map_opened











Jalan Raja Alang-Local market











Jalan Chow Kit-Night Market











Jalan TAR


Jalan Masjid India










Nak Cari Tempat Makan yg Best di Kuala Lumpur?
Pergilah ke Kg Baru nak makan apa semuanya ada di sana dr makanan timur hinggalah makanan Barat semuanya ada disini dibuka 24jam. Restoran Arab pun byk terdapat disini.
 nak cari makanan chiness food di sepanjang Jalan Alor,jalan bukit bintang dan jalan Petaling(street).
nak cari indian food cari aja di Jalan Bangsar, Jalan Brickfields  dan terdapat byk restoren2  Nasi Kandar di KL  di buka 24hours.
nak cari indonesia food, Restoran nasi Padang byk terdapat di Kawasan Chow Kit,Jalan Raja Alang dibuka 24 Hours juga.....

                                                                        Kg Baru









ChinaTown Petaling Street
Terletak di salah satu kawasan bandar yang sibuk di Jalan Petaling, Jalan Sultan dan Jalan Bandar. Pasar tersebut dibuka mulai petang sehingga larut malam. Anda perlu tawar-menawar untuk barang yang anda idamkan. Harganya memang murah dan berpatutan. Barang yang dijual dan dipaparkan bermula dari tekstil, barang rumah tangga, peralatan peribadi, buah-buahan dan lain-lain lagi.



Bangunan Sultan Abdul Samad @Dataran Merdeka
Dibina antara 1894-1897, merupakan kubah dan ‘clocktower’ sepanjang 41 meter menjadikannya sebagai salah satu bangunan bandar yang paling sering menjadi tarikan untuk dirakamkan menggunakan kamera.







Pasar Seni Budaya-Centrel Market
Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang. Bangunan ini banyak menarik pengunjung luar negara untuk mendapatkan cenderamata seperti jam antik, perhiasan, permata, ukiran kayu, batik dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.






Menara Berkembar Petronas
Ketika ini menara ini merupakan bangunan ketiga tertinggi di dunia. Ia terdiri dua menara, yang dihubungkan oleh jambatan. Petronas Twin Towers mempunyai ketinggian 452m dan mempunyai 88 tingkat.









KLCC Aquaria
Seperti namanya, tempat yang dipanggil sebagai KLCC Aquaria ini berada di KLCC. Ia merupakan tempat membela pelbagai jenis ikan. Para pengunjung akan berasa seperti berada di dalam lautan. Ada juga pertunjukkan ikan duyung di sini. Luasnya akuarium di KLCC Aquaria ini ialah sehingga 60,000 kaki persegi.
Tiket masuk (warga Malaysia):
Dewasa (RM35)Kanak-kanak (RM25)


Menara Kuala Lumpur
Terletak di atas Bukit Nenas dan mempunyai ketinggian 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Pengunjung dapat menikmati panorama kota raya dari tempat/dek pemerhatian dan merasi Restoran berpusing. Selain menara telekomunikasi, menara KL juga merupakan stesen televisyen dan radio siaran.
 
Tiket masuk (basic package)
 Dewasa (RM45)
 Kanak-kanak (RM35)






                                                                                     Muzium Negara   
Sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.  Muzium ini
memyimpan pelbagai sejarah, perkembangan politik, budaya, ekonomi, seni, flora dan fauna negera ini.
Bayaran:
 Parking kereta: RM2.00, Motosikal: RM1.00
 Masuk: Warganegara (RM2.00), kanak-kanak       bawah 12 tahun (percuma), OKU (RM1.00)                                                                                                                                                           



Zoo Negara Terdapat lebih 5,000ekor haiwan di Zoo Negara ini.
 Kadar masuk biasa (warganegara):
Dewasa (RM30)
Kanak-kanak (RM10)
Warga Emas (RM10)















KL Bird Park ATAU Taman Burung
Tasik Perdana boleh dianggap sebagai pusat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.  Taman Burung Kuala Lumpur ini menempatkam pelbagai jenis burung. Anda juga boleh menemui beberapa spesis ikan termasuk ikan kap untuk diberi makan.
 Tiket masuk (warganegara)
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM10)





Buterfly Park ATAU Taman Rama-Rama
Di taman rama-rama ini, terdapat sekitar 6,000 ekor rama-rama dan ini bersamaan dengan 120 spesis rama-rama. Tempat ini juga terletak di Tasik Perdana.
Tiket masuk (warganegara)
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM10)




Masjid Negara 
 Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah







Muzium DiRaja
 Istana Negara which,from 1957 until 2011, was the official residence of the King and Queen of Malaysia or, to give them their more formal titles, His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong and Her Majesty Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
The Royal Museum is located in the old National Palace, or
The old palace ceased to be the official residence on 15th November 2011 following completion of a new palace complex at Jalan Duta.
Byaran Masuk: Dewasa 5.00.Kanak-Kanak  12thn  2.00





Istana Negara, 
 ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang Baru  terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur,. Secara rasminya, istana yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini diduduki pd tahun 2011







Heli Pad Bar KL
  • Salah satu tempat yg menarik utk dikunjungi melihat keindahan sunset bandaraya KL dr atas bangunan.
  • Opening Hours: 18:00 – 24:00 Monday – Wednesday; 18:00 – 02:00 Thursday; 18:00 – 03:00 Friday & Saturday
  • Address: 34th Floor, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, KL
  • Tel: +603 2110 5034 or +6012 317 092

BATU CAVES.
Batu Caves menghimpunkan beribu-ribu penganut dan pelancong, terutamanya semasa perayaan tahunan Hindu, Thaipusam.
Kawasan batu kapur yang terletak di utara Kuala Lumpur, mempunyai tiga gua utama yang menempatkan kuil-kuil dan tempat-tempat suci Hindu.
Tarikan utamanya adalah patung besar Dewa Hindu di pintu masuk, selain mendaki 272 anak tangga yang curam untuk melihat pemandangan kaki langit pusat bandar yang menakjubkan. Mudah dikunjungi dengan kereta ,Uber, teksi  dan  KTM komuter dr KL Sentral Ke Batu Caves



BUKIT AMPANG
Melihat view Bandaraya KL dr puncak bukit tak kira  masa siang atau malam,15mnt ke 20mnt dr KL.







Tarikan Baru 2017 RIVER OF LIFE

Terletak di Masjid Jamek Kuala Lumpur
di belakang Bangunana sultan abdul samad
@ Dataran Merdeka..




Saturday, January 11, 2014

Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, digelar juga dgn pangilan Masjid Besi,  terletak di Presint 3, Putrajaya, Masjid ini yang mula dibina pada tahun  2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009  Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra  yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
















































Pintu gerbang masuk juga menggunakan Konkrit bertetulang Kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.
















Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asmaul Husna menggunakan tulisan Kaligrafi. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran.
















Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas kekal ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.















Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Friday, December 27, 2013

Trip Ke Nepal Part 2-Annapurna Aku Datang

Hari ke 4 (5 nov 2013) Khatmandu ke Pohkara..........
  Memandangkan dah lama juga kami tak trecking, terasa excited lah pulak nak ge trekking........Annapurna Aku Datang...penuh semangat ne nak pakai bag baru...hehehe
Perjalanan terus ke Pohkara yg sepatutnya jam 8 pg hari ini dilewatkan disebabkan ada masaalah yg tak dpt dielakkan...kami dijangka bertolak jam 12pm, So pagi kami breakfast lewat ckt  di Hotel...Hari ini adalah Hari Besar (cuti Umum disini)Happy Diwali yg disambut selama beberapa hari,dan kebanyakkan kedai2 di sini dan thamel road juga akan dibuka lewat juga dlm jam 12pm.ada juga yg dibuka seperti biasa.
so apalagi selepas breakfast kami berjalan2  ke thamel road dan local market disini..
 Jam 12pm kami berkumpul semula di hotel dan seterusnya bergerak ke Pohkara yg akan mengambil masa 5-6jam perjalanan melalui jalan berbukit bukau yg kebanyakan rosak berlubang tidak bertar dan berdebu menyusuri tepian sungai dan gaung...huhuhu takuttnya..














































Lbh kurang jam 7pm kami sampai di Pohkara.hari pun dah gelab,sampai di hotel  kami cekin dan keluar semula mencari makanan...sambil2 cuci mata kekedai barangan outdoor dan cederahati...
    mlm ne kena pulang awal utk buat persiapan esok utk perjalanan 4 hari trekking,segala pakaian dan makanan kena packing, bawak mana yg perlu saja,yg tak perlu tinggal di hotel..Misi Utama  Trecking Amal  bg membantu memberi peralatan tulisan dan makanan utk kanak2 di Banjaran Himalaya...Lbh 20kg brgan di bawa dr malaysia akan diagihkan di sepanjang trek nanti..





















  • Peralatan tulisan yg sudah siap di packing     
  •    




  • Hotel Kantipur
  •  VIP Area, Lake-Side Pokhara, Pokhara 33700, Nepal
  •  +977 6120887

  •  www.hotelkantipur.com














    Hari ke 5 (6 nov 2013) Pohkara
    Jadual perjalanan hari ini,bangun awal kul 5am selepas solat subuh terus tengok view from balcony perhh mamang cantik sunrice banjaran Himalaya.dr Balcony Hotel.
    Seperti yg dijadualkan selepas jam10am kami berangkat ke Nayapul menaiki van.,Perjalanan yg akan mengambil masa 1.5jam akn menyusuri tepian sungai2 dan perkampungan...



    After breakfast meet our trek crew at Pokhara and  drive to Nayapul about 1.5 hours and trek from Birethanti to Ghandrung mostly up , a typical Gurung village ( Gurung is a the  soldiers who worked as British Army ) about  4 to 5 hours walk), it provides excellent chance to walk through village. 2060 mtr. Next morning  we will  see sunrise and close up view of the  Annapurna and fishtail mountains.   In a clear day Ghandruk provide excellent mountain view like Annapurna south, fishtail, stay in simple lodge there















    Hari pertama trekking Nyapul ke Ghandrung-6-7jam
    Sampai di Nayapul Lbh kurang jam 11.30am..memang ramai gak pelancong yg nak ge trekking melalui trek Annapurna.Byk pilihan yg kita boleh pilih antaranya ke mount.Annapurna,ABC,Poon Hill,Ghandruk dan byk lg kita boleh pergi melalui treck ini....saya dan teman2 semua memilih trek yg santai sedikit kerana disebabkan usia dan tenaga yg tak berapa nak feed, itu pun tercungap2 nak sampai ke distinasi...tapi Alhamdullilah semuanya  sampai juga akhirnya walaupun byk dugaan dan mcm2 perkara yg berlaku...semasa trekking...hahahaa














































































    mengagihkan bag berisi peralatan tulisan utk kanak2 di sepanjang trek....












    2-3jam pertama trekking melalui jalan yg landai sebelum mendaki anak2 tangga sehinggalah sampai ke distinasi melalui lereng2 sawah padi bukit,memang terasalah kekejang kaki sebab lama dah tak trekking,






















    Days 5(7nov2013)
    Hari ke2 trekking Ghandrung ke Landrung-4-5jam
    Bangun pagi gosok gigi hendak mandi sejukk sekalii,tak ada water heater  cuci muka  jewlah jawabnya...Hahahaha memang sejuklah air dia air dr banjaran himalaya mcm ais batu. perjalanan hari ini sgt excited pagi2 lg sudah bangun walaupun keletihan smlm trekking sampai mlm ru sampai.,rasanya tak sabar nak keluar tengok view...memang supeb view banjaran himalaya kita boleh tengok dgn jelas  Annapurna south, fishtail, sgt mengujakan mata memandang ...huhuhu Annapurna aku Datang
    Selepas breakfast kami keluar ke top view utk melihat lbh dekat view Himalaya ,mendaki anak tangga dan kelihatan perkampungan , kebanyakan yg tinggal disini adalah Bekas2 askar British Gurkha..kami bernasib baik terjumpa askar Gurkha yg penah berkhidmat di malaysia pd tahun 1946.pakcik ni masih boleh berbahasa melayu dgn lancar,walaupun tersekat2 disebabkan oleh kesihatan nya.yg uzur dan berumor sekitar lbh 90an,sudah tak berdaya berjalan dan berdiri dgn lancar,tapi bersemangat bercerita mengenai malaysia semasa dia berkhidmat di perak dan Sg Besi...masih ingat lg sejarah silamnya ..sgt excited mendengar kisahnya...









































    Uncle askar Gurkha ne bersemangat bercerita masa dia berkhidmat di malaysia..walupun bkn negara tumpah darah nya,tapi demi tugas dan keluarga mereka sangup menyambung nyawa menjaga kedaulatan nagara asing...tiada apa yg mereka dpt cuma sebidang tanah hasil pemberian kerajaan nepal..terima kasih uncle and askar Gurkha yg menjaga keamanan dan keselamatan  negara kita dr diceroboh oleh komunis...








    Tepat jam 10am kami berkumpul dan mula melangkah turun ke distinasi seterusnya Landrung yg akan mengambil masa 3-4 jam perjalanan..hari ini trek di jangka menuruni bukit dan mendaki hingga lutut cecah dagu,..hehehe sgt mengujakan




















































































































    matahari cerah panas tapi udara disini dinggin,sempat mencuci baju dan seluar ......huhuhu tu
    jew yg aku ada,disebabkan tertinggal bag yg berisi pakaian dihotel tempohari ,sgt tragis pengalaman tak membawa pakaian semasa  trekking selama 4 hari..Dah mcm askar Gorkha pulak...kekeke kau org pernah....Excited nak pakai bag baru yg berisi (barangan alat tulis dan makanan),bag lama (yg berisi Pakaian Peribadi)tertinggal....pengajaran buat diriku dan teman2 dpt yg baru,yg lama jgn di buang...hahaha
     Mkn mlm santai diluar sambil melihat bintang2 bekelipan...sempat juga buat acara menyambut hari lahir rakan trekking  di sini,nasib baik  tuan punya hotel ne boleh buat kek,apa lg kita org pun order jewlah..lepak2 hingga larut mlm sambil menikmati kopi...


    Days 6(8nov2013)
    Hari ke3 trekking Landrung ke Dhampus-6-7jam perjalanan.
    Hari ini perjalanan akan mengambil masa yg panjang melalui  lereng2 gunung dan dijangka akan mendaki dan menuruni beberapa gunung....mencabar hari ini trek dia..selepas breakfast kami bertolak seawal jam 8.30am dan melalui lereng2 gunung selama 1-2 jam diikuti dgn mendaki beberapa bukit yg boleh tahan tegak dia,dan dijangka makan tghari di Pothana.















    Sarapan nasi goreng kampung,sambil menikmati pemandangan Banjaran Himalaya...memang best time ne...kau org pernah tak breakfast mcm ne...

































            






























    sampai di Pokhara jam 3pm lapar gila dia org ,dah lewat sgt nak lunch tak sabar nak makan..
    nasib baik dpt port yg cantik lunch sambil santai di taman...best hilang rasa penat ...sekejab...hahaha


















    Sampai di Dhampus jam 5.30 hari pun mulai gelap terus masuk ke bilik hotel, cuaca disini terasa sejuk pulak jika dibandingkan di Ghandrung dan Landrung tak tahu lah mungkin badan dah terasa letih kot,
    selepas makan malam kami semua mulai mengantuk dan kesejukkan...tidor awal kami mlm ini sebab keletihan trekking sepanjang siang hari, Hari ke3 barulah terasa sakit2 seluruh badan dan kaki...tak tahu lah pulak esok camana mengengkang lah jawabnya trekking...hahaha.

    Days 7(9nov2013)

    Hari ke4 trekking  Dhampus ke Phedi (3-4jam perjalanan.)
    Hari terakhir trekking ,mcm biasa  pg2 sudah bangun tengok sunrise memang best...view dia di sini...trek dijangka  landai dan menuruni bukit sepanjang perjalanan,nasib baik trek landai dan view pulak cantik.....huhuhu hilang terus rasa sakit2 dikaki dan badan, dan berkesempatan pulak melihat penduduk kampung sedang bergotong royong(rewang2) menyediakan juadah masakkan utk majlis perkahwinan di sini...
    mcm tak nak balik jew nak duduk sini...tak puas rasanya menikmati keindahan alam dan suasana nyaman disini....










































































    Penduduk kg sedang bergotong royong 
    menyediakan juadah makanan utk majlis perkahwinan...mcm best je..mcm nak tolong jew..























































    Sampai di Phedi jam 12 tghari terus menaiki Van yg sedang menunggu dan bertolak terus ke phokara utk menikmati mkn tengahari...

    Pokhara
    Pokhara Sub-Metropolitan City..Bandar ke3 terbesar selepas  Kathmandu and Biratnagar  di Nepal,di Pokhara selain mendaki gunung dan trekking,kita boleh berkayak di tasek dan sungai,Paragliding,ke air terjun ,ke gua2 dan bersiar di tasek Phewa.

























    The porous underground of the Pokhara valley favours the formation of caves and several caves can be found within the city limits. In the south of the city, a tributary of the Seti flowing out of the Phewa Lake disappears at Patale Chhango  Nepali for Hell's Falls, also called Davis Falls, after someone who supposedly fell into the falls) into an underground gorge, to reappear 500 metres further south. To the south-east of Pokhara city is the municipality of Lekhnath, a recently established town in the Pokhara valley, home to Begnas Lake..


    Alhamdullilah akhirnya berjaya juga misi kali ini Trekking di Banjaran Himalaya sambil beramal....
    Insaallah kami akan kembali ke sini lg......Annapurna tunggu aku datang lagi...