Monday, February 8, 2016

Zoo Negara Malaysia




Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung,reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.


Pintu Masuk Utama
































Aquria zoo negara tiada apa yg menarik perlu dibina yg baru yg lbh besar serba cangih dah lbh 50thn..huhuhu



Pertunjukkan binatang tempat sementara sebab yg lama dlm pembinaan..kecil terlalu padat. dijangka siap 2017..byk kawasan2 utk binatang2 sedang dlm pembinaan dijangka siap 2017...dah Lbh 50thn perlu ada perubahan zoo negara kita ne...


Tarikan terbaru zoo negara Giant Panda di china..





No comments:

Post a Comment