Thursday, November 18, 2010

Sembelih,Lapah,Potong dan Bakar @ Gotong - royong Ibadah Korban

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan
orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan
(mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh
berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat
dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau,
oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi
Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan
kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada
golongan orang-orang yang sabar.”
(Al-Soffat: 100-102)

HIKMAH KORBAN Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah
Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam
menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah
Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau
hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang
sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa
daripada kamu”.
(Surah Al-Hajj:37)





Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa- dosa yang telah lalu. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil
tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak
lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah
Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami
hikmahnya.

Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.








No comments:

Post a Comment