Saturday, June 25, 2011

Trip ke Sikkim( India)




DAY 1 (11 Jun 2011) Kolkata
Berkumpul di LCCT jam 1.00pm utk checkin dan bersua muka dgn teman2 yg baru,sebelum Flight yg dijangka terbang jam 3.50pm.Trip yg disertai seramai 12 org Backpakers ne memang tidak dijangka mendapat sambutan...walaupun mendapat rintangan dlm membuat tempahan2 hotel dan transport di sana..tetapi alhamdulilah semuanya berjalan dgn lancar...






     Jam 6.00pm waktu di kolkata,dalam diam tak diam 3 -4 jam masa berlalu,kami tersentak pabila pilot mengumumkan pesawat akan mendarat,tak sedar sudah sampai rupanya di Kolkata. Selepas melepasi beberapa kawalan keselamatan yg ketat dan urusan Imegresan...kami terus menaiki teksi ke Sudder street...iaitu salah satu tempat tumpuan Backpackers di kolkata,Dgn tambang Rs280 satu teksi,kami berpecah 3 groub utk ke Hotel yg telah kami booking,Bukan sahaja jalan yg sesak dan bingit dgn bunyi Horn kenderaan amat mengejutkan kami semua yg baru pertama kali menjejaki kaki di bumi kolkata,tetapi Pemandu nya yg memandu umpama membawa kereta F1,mengecutkan lg perut kami semua,Jangan terkejut semua kenderaan awam disini tidak mempunyai penyaman udara walaupun cuaca panas..







Lebih kurang 30-45mnt menaiki teksi kami sampai di Hotel Diplomat,Sudder street.Dgn bangunan2 lama dan kenderaan2 bercirikan zaman lampau menguja minda kami utk mengetahui lebih dekat cara hidup masyarakat di sini,terdapat banyak hotel2 barget ,hostel dan hotel sederhana mewah di sini..






Selesai urusan penginapan kami dan checkin ,Kami keluar utk melihat2 kehidupan malam masyarakat kolkata dan mencari makanan di sekitar ..malam yg meriah dgn deretan gerai2 jualan pakaian dan keperluan di sekitar Lindsay street,new market dan Hogg market. surga beli-belah di sini,tetapi amat sukar utk mencari restoran yg sedikit bersih utk mengalas perut kami, setelah puas berjalan akhirnya kami dapat jgk restoran briyani halal di Hogg Market,dgn harga yg sederhana murah kami pun apa lg terus memesan makanan seperti di lihat di menu...



Dah makan apa lg badan terasa letih dan ngantok walaupun jam menunjukkan pukul 11.00pm perubahan waktu 2jam 1/2 belum dpt disesuaikan lg tubuh bdn kami menyebabkan kami terasa mengantok. sepanjang jalan pulang kami melihat2 ramai peniaga menjual brgan keperluan seperti di uptown di malaysia.. @ Jalan masjid india..




DAY 2(12/6/2011)
Bangun seawal jam 4pg(6.30am wkt mlsyia) utk melihat kehidupan warga kolkata menjalani kehidupan mencari rezeki di awal pg...






Jam 5.00am masih lengang mungkin warganya masih belum banggun lg walaupun hari sudah mulai terang,Terkejut lihat ramai warganya yg tidor dikaki2 lima jalan dimerata2 tempat asal boleh melelapkan dan merehatkan badan,Dgn jalan2 yg kotor dan berdebu ramai warganya masih lg terlena diulit mimpi beralaskan kotak atau apa saja yg selesa..







Dijalan pasar pagi @ market street barulah ternampak warganya yg sibuk dgn urusan jual beli barangan keperluan.2 jam berlalu kami berjalan2 banyak yg dpt kami simpan pengalaman tentang kehidupan masyarakat disini...kolkata kota yg kotor berdebu,penuh dgn org gelandangan,sampah sarap di merata2 tempat,Pengemis ,jalan raya yg bingit,hinggar bingar dgn bunyi Horn kenderaan...







jam menunjukkan pukul 8.00am kami pulang semula ke Hotel utk bertemu dgn rakan2 lain sebelum memulakan aktivity bersama melawat Victoria memorial Hall dan mencari tempat utk bersarapan...
selepas serapan di MC D kami menaiki Lrt dr Park street station ke Rabindra sadan station dgn tambang Rs4 lbh kurang 5-10mnt sampai...seterusnya berjalan kaki selama 10mnt utk ke Victoria Memorial Hall.. dengan bayaran masuk Rs150

.Victoria Memorial Hall



8.00pm Malam ke station Sealdah,train berlepas jam 10.45 pm ke NJP station dan dijangka sampai jam 9.00 am pagi esok..


gilir2 tido pengalaman ada yg tido duduk sampai ke siang..diganggu pondan dan mcm2 perangai jurujual barangan..



Day 3 (13 jun 2011) NJP to Gangtok

9.30am sampai di station NJP (New Jalapuri) setelah Lebih 10 jam perjalanan,Belum pun hilang rasa kepenatan kami dikejutan dgn sambutan anak2 gelandangan dan pengemis2 yg meminta2 dgn belbagai ragam dan cara utk meraih simpati dr kami,seterusnya kami mencari tiket train utk balik NJP to Kolkata dan transport 4x4 ke Gangtok.. dengan harga tawar menawar Rs5000 utk 2 buah 4x4 kami teruskan perjalanan seterus nya ke Gangtok yg mengambil masa antara 5-6 jam. dgn jalan yg berbukit bukau dan berliku2 .











3.00pm sampai di pekan Rangpo Pintu utama ke Sikkim,Utk urusan kemasukan Permit, setelah urusan selesai kami teruskan semula perjalanan ke Gangtok yg dijangka mengambil masa 1.30-2 jam perjalanan, Cuaca semakin lama semakin dinggin dirasakan setelah berada di kawasan pergunungan.




4.30pm sampai di Hotel Pandim,Gangtok setelah urusan kemasukan dan pendaftaran kami berehat sebentar di bilik dan berkumpul semula di ruang terbuka tingkat atas hotel,sambil berehat dan lihat pemandangan sekitar Bandar Gangtok dan pergunungan Himalaya...

pemandangan dr hotel 



8.00mlm selepas makan keluar ke MG Marg ,10-15mnt berjalan kaki dr hotel, MG Marg kawasan beli belah tumpuan pelancong dlm dan luar negeri...setelah penat berjalan kami balik ke hotel utk berehat kerana keesokan hari akan memulakan aktivity seterus iaitu melawat tempat2 menarik di sekitar Gangtok.


Pemandangan pekan Gangtok diwaktu malam
minum teh Dejeling sblm makan malam





Day 4(14 June 2011) Gangtok


 
 5.00am Bangun lihat view menarik dr bilik kami menginap,pemandangan pergunungan Himalaya,gunung Khangchenzonga gunung ke 3 tertinggi di dunia,cuaca cerah menyerlahkan lg view dgn pacaran matahari terbit yg kekuning kuningan...




 



7.30am berkumpul utk sarapan sebelum memulakan aktivity melawat tpt2 menarik di sekitar Gangtok yg di uruskan oleh travel agen yg kami booking..Blue sky tours & travel...termasuk urusan Permit ke Yumthang valley dan Tsomgo lake.

Boleh contac travel agen ni utk aktivity di sikkim

























 







 




7.00pm di Hotel cuaca hujan renyai2 duduk di hotel dan berkemas utk perjalanan yg lebih mencabar keesokan hari ke Lachung yg mengambil masa antara 6-7jam menaiki kenderaan 4x4.berdoa agar tiada tanah runtuh yg mengakibatkan perjalanan terbantut..


Day 5 (15 june 2011) Gangtok to Lachung.
9.00am -Selepas sarapan teruskan perjalanan menaiki 4x4..yg akan mengambil masa 6-7 jam dgn jln yg berliku2 dan bergunung ganang.





 





 








-1.30pm berhenti rehat dan makan,setelah mengharungi cabaran dan rintangan kebocoran tayar dan kejadian tanah runtuh dgn jalan berliku dan licin disebabkan hujan dan melepasi beberapa Pos kawalan sempadan.
  
5.00pm Sampai di Lachung dgn ketinggian melebehi 9000 kaki,cuaca dinggin 13-16c dan kelihatan pemandangan pergunungan di liputi salji jelas kelihatan dan lembah2 yg kehijauan luas mata memandang....tak sabar rasanya berjalan2 di sekitar kg utk menikmati udara yg segar dan dinggin.
   

 



8.00 pm selepas makan kami semua tidor awal disebabkan keletihan,dan cuaca mulai terasa dinggin.Dan akan menyambung lg perjalanan menaiki 4x4 selama 4-5 jam mendaki pergunungan Dgn ketinggian mencecah 12000 kaki,keesokan hari...

DAY 6 (16 june 2011) Lachung to Yumthang Valley

8.00am Seperti biasa selepas sarapan bersedia mengharungi cabaran 4x4 mendaki kawasan pergunungan yg dijangka mengambil masa 4-5jam utk sampai di ZERO POINT. iaitu penghujung jalan ke kawasan Banjaran Himalaya bersempadanan dengan Tibet. Cuaca cerah kelihatan pergunungan diselaputi salji menguja kami semua utk keluar bersiar sebentar mengambil gambar sebelum bertolak...


 


 






Berhenti di beberapa lokasi view menarik utk mengambil gambar sambil menghirup udara segar...


 

 





 

1.30 sampai di ZERO POINT ketinggian 15831 ft (10-13c)....suatu pemandangan asyik yg menakjubkan luas mata memandang yg selama ini dilihat di dlm gambar atau di internet saja...puas kami rasa kan sesudah beberapa hari mengharungi perjalanan yg menyeksakan dan memenatkan apa yg penting kami semua nya happy ...tak sabar rasanya kami semua bermain dgn salji...

No comments:

Post a Comment