HUTAN BELUM(ROYAL BELUM)
Merangkumi keluasan 1,400 hektar daripada keseluruhan kawasan Belum yang berkeluasan 3,110 kilometer persegi, Lembah Belum Selatan merupakan destinasi baru eko-pelancongan semula jadi di Perak.
Bersempadankan Lebuh Raya Timur-Barat sebagai pemisah antara Lembah Belum Selatan yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan dengan Belum Utara yang masih menjadi ‘kawasan larangan’ dan berada di bawah kawalan keselamatan tentera dan polis, pelbagai cerita misteri dan khazanah alam menanti untuk diselami dan dijejaki oleh pencinta aktiviti alam semula jadi.
Misteri di sebalik kekayaan habitat fauna dan flora di situ dikatakan ada hubung kait dengan legenda asal usul Belum.
Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang meliputi enam buah perkampungan kecil yang wujud sejak tahun 1952 dan terletak ke utara Tasik Banding.
Kampung Belum itu sendiri pula dikatakan mendapat nama sempena bunyi “belum… belum…” yang dikeluarkan oleh sejenis belalang hijau besar yang banyak menghabiskan masa di atas pucuk pokok rotan.
Pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1975 bagaimanapun telah menenggelamkan keseluruhan cerita dan warisan tradisi masyarakat Melayu yang menghuni di Kampung Belum Lama.
Ia termasuklah misteri cerita mengenai penemuan tiga mayat di kubur lama yang tidak reput di kampung tersebut serta tapak jatuh pesawat tentera yang menyebabkan bermulanya sejarah penubuhan pasukan Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
Di dasar Tasik Banding, Empangan Temenggor juga berkubur masjid dan sekolah di satu lagi perkampungan Melayu iaitu Kampung Temenggor Lama yang terletak tidak jauh dari Pulau Perhilitan (Pulau Cendana).
Keluasan seluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah 3,110 kilometer persegi, di Gerik pula melibatkan sempadan selatan Thailand di utara dan Jeli, Kelantan di selatan.
Berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut, habitan flora dan fauna di Hutan Belum antara sumber alam semula jadi tertua negara yang masih kekal untuk dijejaki.
Lembah Belum meliputi tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.
Perkampungan Orang Asli Kuala Sungai Kenyir yang mengandungi jeram dan air terjun serta ‘taman’ bunga patma (reflesia) merupakan destinasi pilihan unik yang menanti pengunjung di bahagian selatan Tasik Banding.
Dengan pelbagai kemudahan penginapan semula jadi mengguna pendekatan tersendiri, pengunjung bebas membuat pilihan untuk menginap di pulau-pulau yang dibangunkan dan bermesra dengan habitat flora serta fauna Lembah Belum.
Aktiviti menarik yang tidak harus dilepaskan setiap pengunjung ke Lembah Belum ialah menjejaki sira kuda, sira air dan memancing.
Sira kuda ialah tempat hidupan liar mendapatkan ‘penawar’ bagi ketahanan badan, merupakan satu-satunya kawasan paling mudah dijejaki di negara ini.
Di sira kuda, anda akan lihat bagaimana hidupan liar mengikut giliran untuk mendapatkan ‘penawar’ dan kekuatan badan dengan memakan tanah yang mengandungi garam galian.
Anda juga berpeluang mengintip binatang menikmati air suam semula jadi di sira air sambil bermanja dengan pacat-pacat yang berkeliaran.
Jika anda kaki pancing, Tasik Banding adalah ’syurga’ pilihan yang mengasyikkan sambil menyusur ke lubuk ikan dengan rakit buluh.
Anda juga berpeluang menyaksi operasi pembalakan dalam air yang diusahakan oleh syarikat dari Thailand atau menyusur hutan melihat kerja mengambil madu lebah liar dari atas pokok tualang di Pulau Tujuh.
Setiap pengunjung wajib mendapatkan jurupandu berlesen yang berdaftar dengan Perhilitan. Untuk menjelajahi Lembah Belum mereka hanya perlu mengemukakan permohonan Permit sama ada kepada Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Hilir Perak.
Kedua-dua agensi berkenaan bertanggungjawab menentukan kelulusan permohonan pengunjung ke Lembah Belum berdasarkan kekosongan tempat,” jelasnya.
Perhilitan akan menentukan kelulusan memasuki Lembah Belum kepada semua kumpulan pengunjung.
Kelulusan memasuki tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan boleh dihantar terus kepada Perhilitan Gerik atau agensi yang menawarkan pakej terlibat.
Cuma khidmat pemandu arah dan pengangkutan bot serta kemudahan kelengkapan aktiviti yang disediakan dikenakan bayaran.
Seperti kemasukan ke kawasan Taman Negara Kuala Tahan, Lembah Belum mengehadkan antara 50 hingga 60 orang sahaja memasuki Lembah Belum pada satu masa.
Permohonan ke Lembah Belum boleh diajukan terus ke alamat Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak, Gerik atau telefon 05-7911164, 7911963, 536261 atau faksimile 05-7912933 dan 5363275. Hidupan liar sama ada gajah, harimau, badak, seladang, rusa, kijang, sapir, babi, landak dan hidupan sejenisnya sedia menanti kunjungan anda.
Untuk ke Lembah Belum, anda perlu ke Hulu Perak sama ada melalui jalan raya (bas dan teksi), kereta api atau udara.
Jika melalui jalan raya, anda perlu menyusur Lebuh Raya Timur-Barat (jika dari sebelah pantai timur) dan memasuki Jalan Kuala Kangsar-Gerik (dari sebelah selatan) atau melalui Baling serta Pangkalan Hulu jika dari sebelah utara.
Catatan Perjalanan
Day 1(2/3/2012 ) 12 noon :Berkumpul di LRT Ampang dan mendengar taklimat dr ketua xpdc.
1.30 am:Bertolak dr Kuala Lumpur ke Grik dgn menaiki Bas yg disewa khas,seramai 37 peserta yg menyertai xpdc kali ini yg kebanyakan staff RapidKL,aku salah seorang yg menumpang xpdc mereka.
6.30am :sampai di pekan Grik utk sarapan sebelum menyambung perjalanan (45km)ke jetty Pulau Banding,tasek Temenggor.
9.30am sampai di jetty sementara menunggu bot sampai sempat juga melihat2 sekitar kawasan dan masuk ke beberapai gerai yg menawarkan pakej2 ke Royal Belum,berbagai2 pakej seperti camping,jungle tracking,round island,melawat ke kg org asli dan memancing. Untuk memasuki Royal Belum kita memerlukan permit dr Perhilitan dan Jabatan Perhutanan yg akan diuruskan oleh agen2 pelancongan disini.
Day 2:
Melawat ke beberapa tempat menarik seperti melihat bunga Pakma(Rafflesia),melawat perkampungan org asli Sg Tiang (suku Jahai) ,Mandi manda di Air Terjun Sg Ruok dan memancing bg yg kaki Pancing.
Taman Bunga Pakma(Rafflesia) Sg Gadong.
Spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong.Rafflesia atau bunga pakma antara sejenis tumbuhan yang aneh dari segi bentuknya yang unik dan tidak serupa dengan pokok-pokok bunga yang lain diluar sana yang biasa kita dapat lihat setiap hari. Apa yang membezakan bunga pakma ini dengan bunga-bunga lain yang kita lihat setiap hari ialah apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk dan tumbuhan ini juga agak berat
kalau bunga pakma sedang berkembang memang warnanya akan berwarna merah dan akan memikat unggas-unggas. tapi Bukan unggas2 sahaja malah manusia pun terpikat..hahaha |
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SG TIANG
Jika anda mengunjungi Hutan Simpan Royal Belum di Pulau Banding, Grik, Perak, pastikan anda tidak lupa untuk mengunjungi masyarakat orang asli yang tinggal di Perkampungan org asli sg tiang.
Majoriti masyarakat orang asli disini terdiri daripada Suku Kaum Jahai. Suku Jahai adalah sub etnik utama Negrito.
Di sini anda berpeluang menyertai dan belajar teknik survival yang diamalkan oleh masyarakat asli.Klau dtg sini jgn lupa bawaklah baju2 dan makanan utk kanak2 utk disedekahkan.
AIR TERJUN SG RUOK
Hutan Belum juga mempunyai banyak tarikan air terjun yang boleh dikunjungi termasuklah Air terjun Sungai Papan, Air Terjun Sungai Ruok, Air terjun Sungai Kenarong dan banyak lagi. Perjalanan ke Sungai Ruok mengambil masa 20 minit dan apabila tiba kami berpeluang mandi di air terjun itu sambil memberi ikan makan.
Air terjun berkenaan dijadikan kawasan pelindungan ikan kelah, tengas dan temoleh yang dijaga rapi Jabatan Perhutanan Negeri Perak
Aktivity Memancing
Jauh jgk lah nak ke lubuk tpt mancing ne,apa nama pun tak tahu dreber bot bawa kita org ikut jew..tak lama pun memancing dlm 2jam jew..takut malam tak nampak jalan katanya,lagi satu takut jem ..hahaha nasib baik dpt 2-3 ekor bolehlah bawak utk lauk mlm ne..
salam.. broo bleh x nak mintak no guide untuk ke sana???
ReplyDeletewkslm..sorry lambat reply..byk tour guide kat sana...klau kita terus kesana utk buat tour pun diorg boleh buat,ada beberapa no yg boleh contact:019-5900144(nan)0174068420(mie)0134446855(sheed) fax no 05-7911227
ReplyDeletesalam. kalau nak wat aktiviti kemasyarakatan kat perkamungan org asli mcm mane ek? nak tau kos penginapan, mkan, bayaran masuk, pengangkutan dan aktiviti yang boleh di buat. bajet untuk 50 org..
ReplyDeleteshud sheyda: boleh berhubung terus ke Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak, Gerik atau telefon 05-7911164, 7911963, 536261 atau faksimile 05-7912933 dan 5363275.
DeleteJabatan perhilitan punya calet dan kem yg luas yg boleh memuatkan Lbh 100 org. dan juga boleh uruskan utk aktifity2 disana...
Salam. dari tasik banding ke royal belum kira2 berapa minit/jam ye?? :D
ReplyDeletewkslm..dlm 15-20mnt jew
ReplyDeletesalam..berapa kos bot ke sungai tiang? ada kerja sikit ke sekolah sana. bot kena charted atau ada bot penumpang? TQVM
ReplyDelete