iternery overland Labuan Bajo-Ende
Day1-Labuan Bajo
Jam 4.30am bersiap menuju ke dintor
7.30am-singgah di Lembor utk sarapan
12-1pm-Dijangka sampai diDintor(Wea Rebo Lodge) utk Makan tengah hari dan rehat dan solat
2pm-seterusnya gerak ke Denge dlm 15mnt
2.30- treking ke Wae Rebo dlm 2.5-3jam
5pm-dijangka tiba di Wae Rebo
upacara adat,rehat,acara bebas
Day2
Pagi diWare Rebo acara bebas
Sarapan dan bersiap kembali ke Dintordan
8.30-Start treking turun ke Denge seterusnya ke Dintor
11am-tiba diWae Rebo Logde Lunch
12.30-bersiap utk perjalanan seterusnya ke cancar
3pm- sampai di cancar treking 10-15mnt utk melihat pemandangan sawah padi labah2.
3.30-bertolak ke distinasi setrusnya ke Bajawa.
6pm-sampai di Bajawa utk makan malam
8pm-selanjutnya perjalanan menuju ke hotel dimanuklalu
11pm-sampai di manuklalu rehat dan tidor..
Day 3
8am-Sarapan pg di Hotel Manuklalu view gunung Inirie
10am-cekout hotel bertolak ke Kg tradisioanl Bena dikaki gunung Inirie
12pm-kembali ke Bajawa utk Lunch n singgah solat di masjid.
2.30pm-bergerak ke Ende
5pm- singgah di Pantai Batu biru tengok sunset dan makan malam
7pm -seterusnya ke moni
11pm sampai di hotel cekin dan rhat.
Day 4
morning call jam 3.30 bersiap menuju ke Kelimutu(hunting sunrice).
4.30am-sampai di Kawasan taman negara kelimutu
treking 20-30mnt
5.30am-tiba dipuncak Kelimutu lihat sunrice.
8am-kembali turun ke hotel sarapan dan cekout
10am-bergerak ke Ende
12pm sampai diEnde makan tghhari
1pm-gerak ke Hotel cekin
3pm-acara bebas jalan2 ke pekan Ende.
Day 5
8am-sarapan dan bersiap utk pulang ke Bali.
9am-transfer ke airport.
selesai sudah.
Day 1(Labuan Bajo-Dintor) 8jam
Jam 5.30am Bas kami sudah menunggu di dpn hotel,Selepas breakfast ala kadar kami terus bergerak utk ke Dintor (Waerebo) yg dijangka mengambil masa 8 jam perjalanan.
-perjalanan melalui perkampungan dan kelihatan pemandangan sawah2 padi sehinggalah dilereng2 bukit dgn jalan yg berliku2 dan berlubang2 selama 4 jam membolehkan mabuk muntah hijau jgk klau di layan.
Singgah di Lembor utk sarapan pg terdapat warga muslim di sini |
Kami singgah makan di di Lembor setelah 3 jam perjalanan utk sarapan ,disini terdapat restaurant makanan jawa yg halal..selesai makan kami bergerak seterusnya menuju ke Denge yg dijangka memakan masa 4jam lg dgn jalan yg berliku2 dan berlubang2.
Desa Denge merupakan desa pesisir di tepi pantai, dari sini akan kelihatan pulau Mules. Biasanya para pelancong akan berehat dan makan tghhari di wae Rebo Lodge di sini sebelum meyambung perjalanan ke Wae Rebo atau ke Ruteng. Kerana ia merupakan tempat transit bagi pelancong2, di desa ini juga terdapat beberapa homestay yang diusahakan oleh warga Denge.
Wae Rebo Lodge di tgh bendang. |
Disinilah persimpangan yg terakhir menaiki kereta seterusnya menaiki motosikal dgn bayaran 50kRP |
Perjalanan menaiki motosikal lbh kurang 15-20mnt ke kaki bukit pintu masuk trek ke wae Rebo |
Dari Denge perjalanan seterusnya dengan berjalan kaki treking sejauh lebih kurang 9 kilometer, yang menghabiskan waktu sekitar 2.30 ke 4 jam, bergantung pd ketahanan fizikal masing2. Perjalanan akan melalui kawasan hutan nan rimbun ,yang penuh dengan suara kicauan burung ,semasa treking kami juga sering berselisih dengan warga sekitar yang sedang mengambil hasil hutan atau turun ke kampung Kombo atau Denge membawa hasil tani dan kerajinan
Pondok tempat pelawat2 berkumpul atau menungu utk memberitahu org kg sebelum memasuki waerebo |
ketika kita memasuki kampung ini kita hendaklah terus melangkah menuju rumah ketua adat iaitu rumah adat (Mbaru Niang) yang paling besar dan didepan nya terdapat sebuah altar(pentas), disini kita akan disambut, di doakan dalam bahasa lokal oleh ketua adat, hanya memakan waktu lebih kurang 3-5 mnt dan setelah kita memberi wang saguhati baru lah kita diizinkan mengambil gambar, ini merupakan adat dan budaya tempatan yang perlu kita hormati dan jaga.
didalam rumah adat ini terdapat bilik2 yg boleh memuatkan 7 keluarga duduk didalamnya |
Waerebo adalah kampung adat Manggarai Tua yang
mengamalkan budaya2 kuno yg masih digunakan hingga kini ia menjadi salah satu kahzanah budaya Indonesia. Salah satu yang dilakukan adalah ritual Pa’u Wae Lu’u. Ritual ini dipimpin oleh salah satu ketua adat Wae Rebo yang bertujuan meminta izin dan perlindungan kepada roh leluhur terhadap tamu yang berkunjung dan tinggal di Wae Rebo hingga tamu tersebut meninggalkan kampung ini. Tidak hanya itu, ritual ini juga ditujukan kepada pengunjung ketika sudah sampai di tempat asal mereka. Bagi masyarakat Wae Rebo, Pelawat yang datang dianggap sebagai saudara yang sedang pulang kampung. Sebelum selesai ritual ini, para tamu tidak dibenarkan untuk melakukan kegiatan apapun termasuk mengambil gambar.
Dan setelah acara adat retual kami kemudiannya memasuki rumah yang akan kami tinggali untuk malam ini, dengan harga 325,000 rupiah perperson per night. Terdapat bilik mandi, toilet dgn airnya yang amat sgt sejuk seperti air batu. Dengan menginap disini kita akan disediakan makan malam, sarapan pagi esoknya dan disediakan kopi atau teh selama disana. Rumah penginapan ini adalah satu ruangan yang membulat, dan sepanjang bulatan ini tersusun tilam2, bantal dan selimut utk keperluan tidur.ia boleh menempatkan sekurang2 nya 30 orang
Makan malam beramai2 |
Day 2 (WaeRebo)
Pg2 lg sudah dikejutkan dgn kokokan ayam..
Melihat2 kegiatan harian masyarakat disini diawal pg ibu2 nya memberi makan ternakan,menjemur kopi,cengkeh,kayu manis ada yg menenun kain . Bapak2 biasanya ada yang ke kebun .
selepas puas mengambil gambar di setiap genap penjuru kami bersiap utk pulang dan sarapan pagi..sebelum pulang kami memberi sumbangan barangan alatan tulis , makanan dan maianan utk kanak2 di sini.waerebo harus di tinggalkan utk perjalanan seterus ke Bajawa jam 8.30 kami melangkah turun dgn gembira meningalkan waerebo yg banyak meninggalkan seribu kenangan.
Day 3
Lbh kurang 2jam menuruni bukit kami sampai di bawah dan terus naik menaiki kenderaan ke waerebo Lodge utk makan dan membersihkan diri..selepas makan kami bergerak ke Spider Web di Desa Cancar ia adalah daerah persawahan yang ada di wilayah Manggarai yang bentuknya cukup unik dan tidak seperti wilayah persawahan lainnya, bentuk persawahan Spider Web ini seperti jaring laba-laba. Lbh kurang jam 5 kami sampai di cancar. treking dlm 10-15 mnt utk sampai di puncak bukit utk melihat view yg cantik.ia merupakan salah satu ikon Pulau Flores yang menarik untuk dikunjungi. Lokasinya yang berada dipinggir jalan utama Pulau Flores menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong paling mudah dikunjungi jika melakukan perjalanan darat dari Labuan Bajo maupun Ruteng
seterusnya kami bergerak ke Pekan Bajawa utk makam malam dan solat di restoran makanan padang..di sini byk terdapat komunity org muslim dan ada masjid yg besar..
ada lg 4jam perjalanan utk samapai di hotel yg terletak di kaki gunung Inerie hotel Manulalu
jam 11 mlm kami sampai di hotel dah gelap tak nampak apa 2 view pun selepas cekin kami semua tido awal kepenatan mungkin seharian diatas kenderaan..
Day 4 (Bajawa to Ende)
Bangun Pagi terus ke bawah terletaknya Resturan utk Sarapan pagi.Dr resturan ini kita boleh melihat view yg menarik Gunung Inirie sambil dihidangankan menu sarapan pg Roti bakar american breakfast atau pancake bersama kopi bajawa...memang terbaiklah tpt ne..Kebanyakkan yg tinggal disini adalah pelancung2 barat...Selepas serapan kami bergerak ke Perkampungan tradisional kg Bena.Kampung Bena adalah salah satu perkampungan tradisional yang terletak di kapupaten ngada,Nusa Tenggara Timur. Tepatnya di Desa Tiruwiru, Kecamatan Aimere, sekitar 19 km selatan Bajawa. Kampung yang terletak di puncak bukit dengan view Gunung Inerie. Keberadaannya di bawah gunung merupakan ciri khas masyarakat lama pemuja gunung sebagai tempat para dewa. Menurut penduduk kampung ini, mereka mempercayai keberadaan Yeta, dewa yang bersinggasana di gunung ini yang melindungi kampung mereka.
kampung ini sama sekali belum tersentuh dgn kemajuan teknologi moden. suktur reka bentuk bangunannya masih sangat sederhana yang hanya memiliki satu pintu Gerbang untuk masuk dan keluar, Kampung Bena telah wujud sejak 1200 tahun yang lalu. Hingga kini pola kehidupan serta budaya masyarakatnya tidak banyak berubah. Dimana masyarakatnya masih memegang teguh adat istiadat yang diwariskan oleh nenek moyang mereka.
Selepas puas bergambar dan berjalan dgn cuaca yg agak panas kami seterunya meneruskan perjalanan ke moni utk melawat Taman nasional Kelimutu.dijangka tiba jam 8-10mlm. Kami berhenti rehat di Pekan Bajawa utk solat dan makan tengahari..Dalam perjalanan ke moni kami singgah di
Pantai Batu Biru.
Berehat sambil menikmati pemandangan Laut dan melihat keindahan sunset di pantai sambil makan malam disini. lama juga lepak disini ada toilet dan surau disediakan utk pengunjung.makan seafood dgn harga yg berpatutan dan sedap disini.selepas mkn kami teruskan perjalanan ke moni ada 2 jam lg perjalanan dr sini dan dijangka tiba jam 10mlm.dinasihatkan berehat dan tidor awal kerana esok pg2 lg sudah bergerak ke Kelimutu.
pondok hidayah tpt tinggal kita org |
Day 5
Bangun awal pg jam 4am utk ke Kelimutu.Lbh kurang kurang 30-45 perjalanan utk sampai di Taman Nasional Kelimutu. Jam 5.30 kami mula treking utk ke view point atau puncak utk melihat sunrice.
Kelimutu biasanya diselimuti oleh kabus tebal. pelancong biasanya pergi ketika dinihari waktu yg sesuai jam 4-5am di pagi hari untuk melihat matahari terbit ketika kabus bersih ketika matahari terbit. Ini adalah swaktut terbaik untuk melihat danau. so kita Jangan terlambat untuk melihat keindahan sunrice dr atas gunung.Danau Kelimutu merupakan salah satu danau yang tidak hanya terkenal di Indonesia, tapi juga didunia. Warna airnya yang berubah-ubah dan juga tempatnya yang berada di puncak gunung menawarkan keindahan yang eksotic yang tidak akan pernah dilupakan oleh para pelancong yang datang ke tempat ini. Nama Kelimutu merupakan gabungan kata dari “keli”yang berarti gunung dan kata “mutu” yang berarti mendidih.
Danau yang terdiri dari 3 bagian ini memiliki nama dan warnanya masing-masing yang selalu berubah-ubah setiap waktu
Danau Nuwamuri Ko’o Fai berubah warna dari warna biru menjadi putih susu.
Danau Ata Polo yang berwarna hijau berubah menjadi merah.
Danau Ata Bupu yang berwarna hitam berubah menjadi hijau.
selepas puas bergambar kami seterusnya pulang ke hotel dan bersiap utk ke Ende,selepas sarapan di hotel kami pun bergerak perjalanan dijangka memakan masa 2.30jam utk sampai di Bandar ende.
singgah di pasar tani membeli buah2.. |
singgah makan tengahari di restoren nasi padang seblm cekin hotel di Ende.Salah satu daerah di Flores yang patut untuk kita eksplore adalah di sebelah pesisir selatan Flores ini. Nama daerahnya adalah Kabupaten Ende. Ende merupakan salah satu kota terbesar yang ada di Flores. Banyak sekali tempat wisata, kuliner, hingga budayanya yang masih sangat kental dan unik dapat kita jumpai di tempat ini. Inilah beberapa tempat pelancongan di Ende Flores :
1) Taman Nasional Kelimutu 2)kampung adat Wolotopo 3)Taman Renungan Bung Karno 4)Rumah pengasingan Bung Karno 5)Museum tenun ikat 6)Pantai Ria 7) Kampung adat Jopu 8) Pasar tradisional Ende
hotel Dasi guest house selesa,bersih dan ramah bos dan staff nya |
ptg jam 3.30 kami berjalan disekitar ende byk sejarah tentang bung karno di ende.
Taman renungan Bung Karno |
tawar menawar beli kain |
Pelabuhan Ende |
Airport Haji Hassan Arofboesman.Ende |
Melangkah pulang setelah 7hari berkelana di Pulau Flores.Byak pengalaman dan kenangan yg kami dpt sepanjang perjalanan ini.
Flores adalah pulau dengan kekayaan alam yang istimewa. Orang-orangnya pun terdiri dari belbagai suku kaum, agama dan budaya. penduduknya ramah tamah byk yg mau membantu..lg2 kami sebagai pelancong dr malaysia...selamat tinggal flores....
#Nak info lbh Lanjut intenery Flores boleh hubungi:
Mbak Wati:Whatshapp +6281237614063 atau di IG 8elapantrip
No comments:
Post a Comment