Hari ke1-(14/5/2007)
Trip kali ini akan bermula di kota Bangkok seterusnya menaiki train selama 17-18 jam ke Veantiane dan dijangka ke Luang Prabang menaiki Bas selama 8 jam pula....
Sasasssa sampai di Airport Kota Bangkok.seterus menaiki van ke Hostel.selesai semua urusan kemasukkan di Hostel Kami keluar utk melawat beberapa tempat yg sudah di aturkan.menaiki Boat menyusuri sungai Mekong utk ke tempat2 pelancongan di sepanjang sungai.
Hotel bajet The Urban Age jln silom |
Hari Ke2
Melawat kebeberapa tempat pelancongan seperti Flooting Market,dan pd sebelah mlm plk akan bertolak ke Nong Khai menaiki train. tepat jam 8 keretapi pun bertolak ke Nong Khai
Hari ke3
Dalam train lg perjalanan ke last stesen Nong Khai di sempadan Thai dan Laos dijangka sanpai jam 4 ptg.seterusnya menaiki Tuk-tuk ke Pusat pemeriksaan Imegressen Thai,dan menaiki Bas lbh krg 15-20mnt ke pusat pemeriksaan imegressen Laos pulak.seterusnya kami menaiki van yg disewa ke Hotel yg kami booking di Veantiane .Lbh kurang 1-2jam perjalanan sampai di bandaraya Veantiane.jam 6 ptg kami sampai di hotel. selesai cekin kami keluar mencari makanan di sekitar bandar dan berjalan2 ke night market di tepi Sungai Mekong.
Hari ke4
Dgn Basikal aku bersiar2 sekitar bandar Vientane .Morning market,Talat Sao Mall,Patuxay,National Museum, Patuxay atau Patuxai bermaksud Gate Kemenangan atau Gate of Triumph, yang dulunya juga dikenali sebagai Monument Anousavary atau Anosavari. Ia merupakan sebuah tugu perang di pusat Vientiane, Laos, yang telah dibina antara tahun 1957 dan 1968. Ia juga dikenali sebagai Patuxai Arch atau Arc de Triomphe kerana ia menyerupai Arc de Triomphe di Paris. Patuxai adalah khusus untuk orang-orang yang berjuang dalam memperjuangkan kemerdekaan dari Perancis.
Restoran halal di Ventiane
Hari ke5
Perjalanan hari ini ke Luang Prabang yg akan memakan masa 8-9 jam perjalanan menaiki Bas melalui jalan yg berbukit bukau,kami bertolak dr stesen BasVentiane jam 6pg dan dijangka sampai dalam jam 4 Ptg.semua perjalanan Bas yg ke Luang Prabang adalah pd waktu siang saja,pihak pemerintah tidak membenarkan perjalanan pd waktu mlm atas faktor keselamatan.Luang Prabang terletak tak jauh dari sempadan China. Jalan ke arah sana ialah laluan mendaki, malah hampir semua lokasi sebelah utara Laos ialah laluan tanah tinggi. Jadi memang tak ada pilihan lain, . Jarak tempuh dari Vientiane ialah kira-kira 380KM, melalui laluan mendaki melebihi 300KM. Perjalanan kami diperburukkan lagi dengan keadaan jalan yang rosak dan sempit, Namun perjalanan kami sampai dgn selamat dgn cuaca yg baik jauh lebih sejuk dr ventiane, dgn alam semulajadi yang memukau dan budaya penghuninya yang lebih eksotik. Etnik asal Luang Prabang dan penghuni di seluruh tanah tinggi Laos ialah etnik Hmong, suku asal Indochina yang bertutur dalam rumpun bahasa Khmer
Terminal Bas Namuang, Luang Prabang |
Dihadapan Guesthouse Venessa |
Kami sampai di Terminal Bas Namuang, Luang Prabang. terus menaiki tuk-tuk ke Guesthouse Venessa seterusnya berjalan2 di sekitar pekan utk mencari makanan dan ke beberapa tempat sejarah dan seterusnya ke Night Market.
Night market Luang Prabang dibuka tiap hari mcm2 ada dijual disini...memang gila sapa yg gila shooping kat sini..barang2 dia jauh lbh murah dr di vientane,tapi kena pandai tawar gila2...klau tak bg buat nak gerak..mesti dpt punya harga yg kita mintak...itu tip yg saya dpt dr rakan saya...
Hari ke 6
Hari ke2 di Luang Prabang sebelah pagi kami melawat ke Air terjun Kouang Si dan ke perkampungan etnik Hmong perjalanan mengambil masa 2jam dr hotel melalui jalan2 perkampungan.Di air terjun Koung si ni ada pusat pemuliharaan beruang dan juga harimau...kita boleh menderma dan membeli barangan cenderamata sambil melihat beruang dan harimau disini...
Hari ke7
Pagi2 lg sudah ke jetty melihat kehidupan harian masyarakat disini membawa hasil ternakan dan pertanian ke pekan.bermcm2 ragam kami dpt lihat gelagat mereka. seterusnya acara hari ini kami menyusuri sepanjang sungai mekong utk ke tempat2 pelancongan.
No comments:
Post a Comment